Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.té.ria.lis.me] | ماتيرياليسمى

Definisi : (matérialisme) fahaman atau falsafah yg mempercayai bahawa hanya ben­dalah yg menyebabkan adanya dan terjadinya segala sesuatu dlm dunia ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.té.ria.lis.me] | ماتيرياليسمى

Definisi : /matérialisme/ fahaman yg mempercayai bahawa hanya jasad saja yg wujud di alam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata materialisme


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam... saya seorang pelajar dan sedang menkaji kesan materialisme terhadap masyarakat. saya mengkaji daripada komponen sastera cerpen. saya ingin bertanya kepada saudara, pengarang atau penulis yang mana banyak mengutarakan tema materialisme dalam cerpen mereka?

Salam. Soalan saudari bersifat umum. Jika hendak disenaraikan para penulis cerpen atau cerpen yang yang mengutarakan kesan materialisme terlalu ramai dan banyak. KNB mencadangkan saudari merujuk buku "Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden : Cerpen" oleh Othman Puteh. Buku tersebut membicarakan sejarah perkembangan cerpen  era awal kelahiran genre cerpen di Tanah Melayu sehingga tahun awal 90-an.

Secara umum, semua penulis terutamanya dalam era 70an-80an berkisar tentang pengisian kemerdekaan dan pembangunan serta kesan sosial.  Kesan sosial ini boleh dilihat juga dari segi kesan materialisme. Antara para penulis yang boleh dilihat ialah seperti Keris Mas, Shahnon Ahmad, Azizi Haji Abdullah, Anwar Ridhwan, Baharuddin Kahar, Zaharah Nawawi, Khatijah Hashim dan lain-lain lagi.

 

Lain-lain21.07.2009
adakah perkataan ironi sama dengan kesan. adakah ia membawa maksud yang baik atau tidak

Menurut Kamus Dewan Perdana (2020) ironi mempunyai dua takrifan:

1. Kejadian atau keadaan yang berlaku sebaliknya, bertentangan daripada jangkaan atau kebiasaan

Contoh ayat: Ironinya pada masa sekarang, mentaliti orang Melayu sudah bertukar kpd materialisme dan bukannya utk kebajikan akhirat.

2. Sindiran yang terselindung dalam ucapan atau kata-kata manis

Contoh ayat: Edi yakin bahawa pujian temannya itu tidak mengandungi ironi.

Manakala kesan mempunyai lima takrifan:

1. Sesuatu kebaikan atau keburukan yang timbul selepas berlakunya sesuatu kejadian

Contoh ayat: Hujan yang turun berturut-turut selama tiga hari itu menimbulkan kesan buruk pada kampung kami.

2. Tanda atau bekas yang ditinggalkan oleh seseorang atau sesuatu

Contoh ayat: Polis mencari kesan yang mungkin ditinggalkan oleh pembunuh Samy.

3. Sesuatu yang mempengaruhi pemikiran, perasaan, perwatakan dan sebagainya seseorang

Contoh ayat: Menonton filem seram meninggalkan kesan takut kepada sesetengah kanak-kanak.

4. Hasil yang diperoleh daripada sesuatu

Contoh ayat: Kesan daripada kongres bahasa itu merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli bahasa di Indonesia dan Malaysia.

5. lihat mengesan

Berdasarkan takrifan-takrifan yang dinyatakan di atas, ironi dan kesan berbeza maksud dan konteks. Kedua-dua perkataan ini mempunyai fungsi dan makna tersendiri dalam bahasa.


Makna20.04.2025

Kembali ke atas