Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. penyakit yg menyebabkan pucuk menjadi layu atau mati (bkn tumbuh-tumbuhan). b. ki lemah zakarnya (bkn lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Pucuk manis makanan sotong,
     Sotong mandi di padang seberang;
Saya menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di kampung orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan istilah "Erectile Dysfunction" kepada Bahasa Malaysia yang lebih tepat? Istilah "Mati Pucuk" menggambarkan keadaan dimana zakar tidak dapat ereksi langsung, tetapi "Erectile Dysfunction" merangkumi semua tahap masalah ereksi.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah erectile dysfunction ialah mati pucuk. Untuk makluman tuan, erectile dysfunction bersinonim dengan impotence yang membawa maksud mati pucuk.Istilah04.06.2026

Kembali ke atas