| Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “ripe” dan “mature” dalam konteks buah-buahan. Ini kerana kami mendapati padanan yang diberikan dalam teks semakan kami menggunakan padanan yang tidak konsisten iaitu (ripe) masak dan (mature) matang atau tua. Kami juga mendapati terdapat padanan bagi “mature” sebagai “ranum”. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: ripe; mature - masak; ranum; matang Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 30.06.2021 |
| Apakah istilah sesuai untuk "come into season"? Perkataan diperoleh daripada ayat berikut: Sexually mature female hamsters come into season (estrus) every four days. | Menurut data kami, padanan yang sesuai bagi "come into season" ialah musim mengawan. | Lain-lain | 30.09.2019 |