1. Encik Tan ialah guru besar sekolah saya. Adakah guru besar di atas ditulis dengan huruf besar? 2. Saya belajar di Tahun Dua Mawar. Adakah Tahun Dua Mawar ditulis dengan huruf besar? 3. Saya belajar di Kelas Dua Mawar. Adakah Kelas Dua Mawar ditulis dengan huruf besar? | Perkataan Guru Besar, Tahun Dua Mawar, Kelas Dua Mawar sebagai nama khas ditulis dengan huruf besar . | Ejaan | 08.05.2008 |
Ayat mana yang betul ? a. Bunga mawar baunya wangi. b. Bunga mawar wangi baunya. c. Ahmad belajar seni silat daripada mahaguru. d. Ahmad mempelajari seni silat daripada mahaguru. Terima kasih. | Bunga mawar baunya wangi. Bunga mawar wangi baunya. Ahmad belajar seni silat daripada mahaguru. Ahmad mempelajari seni silat daripada mahaguru. Ayat-ayat ini betul. | Tatabahasa | 07.05.2015 |
tuan yang manakah betul..Saya dan Mawar dari kumpulan biru atau Saya dan Mawar daripada kumpulan biru. terima kasih | Saya dan Mawar daripada kumpulan biru. Kata sendi nama dari digunakan untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya. | Tatabahasa | 03.01.2013 |
Salam, adakah huruf besar/kecil yang sesuai digandingkan dengan kata nama khas berikut? Apakah alasannya? 1. kelas/Kelas Tahun Lima Mawar 2. pantai/Pantai Batu Feringghi 3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4.peperiksaan/Peperiksaan UPSR Terima kasih. | Jawapan : 1. kelas Tahun Lima Mawar 2. Pantai Batu Feringghi= Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan merupakan nama khas. 3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4. peperiksaan UPSR | Lain-lain | 20.10.2014 |
assalam, boleh ke saya nak mendapatkan novel Seindah Mawar Berduri karya Fatimah Syarha melalui page ni? t.kasih, sekadar bertanya | Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Tuan boleh menempah secara online atau telefon melalui lawan sesawang http://prpm.dbp.gov.my/ pada pautan e-Niaga. Sekiranya tuan berada di sekitar Kuala Lumpur boleh terus ke Koperasi DBP untuk memiliki buku tersebut. | Lain-lain | 20.02.2014 |
bina ayat menggunakan perkataan memperelok | Ani memperelok sanggulnya dengan menyelitkan sekuntum bunga mawar padanya. | Tatabahasa | 20.06.2010 |
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah?? | Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Salam tuan/puan, soalan saya bertarikh 20/10/14 masih belum dijawab. Salam, adakah huruf besar/kecil yang sesuai digandingkan dengan kata nama khas berikut? Apakah alasannya? 1. kelas/Kelas Tahun Lima Mawar 2. pantai/Pantai Batu Feringghi 3. pengerusi/Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4.peperiksaan/Peperiksaan UPSR Terima kasih. Semoga tuan/puan dapat menjawab dengan segera kerana saya perlu membetulkan kesilapan sekiranya ada sebelum buku dicetak. Terima kasih. | 1. kelas Tahun Lima Mawar 2. Pantai Batu Feringghi= Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan merupakan nama khas. 3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4. peperiksaan UPSR | Tatabahasa | 27.10.2014 |
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi. | Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 23.07.2010 |
Salam dan selamat pagi, Saya nak tanya... Perlukah kita mengulang perkataan di bahagian depannya?Ayat contoh 1: Dia menanam bunga raya, bunga mawar, bunga orkid dan sebagainya. Ayat contoh 2: Dia menghasilkan kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek kentang dan lain-lain. Sekian, terima kasih. | Tidak perlu diulangi kata nama tersebut pada setiap kali menyatakan jenisnya yang dinyatakan secara berurutan. | Tatabahasa | 25.01.2013 |