Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kep Menteri Besar; 2. Id kep Markas Besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mb


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MB Intreior DesignPembetulan:
1. PERKHIDMATAN UBAH SUAI DAN HIASAN DALAMAN
2. TEL.
Selepas dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Tatabahasa12.08.2015
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa?

Saudara,

Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor.

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636).

Tatabahasa13.08.2010
IKLAN PAPAN TANDA SAYA MELEBIHI 2MB, IAITU 4.3 MB. JADI APAKAH SAYA PERLU LAKUKAN UNTUK DAPATKAN PENGESAHAN BAHASA DR DBP?Saiz iklan tuan hendaklah dikecilkan mengikut saiz yang telah ditetapkan. Sila kemukakan visual dalam bentuk jpeg atau gif.Lain-lain23.02.2015
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih.

1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut:
Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006  berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran.

2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian.

Istilah03.04.2012

Kembali ke atas