Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mcm


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mcm mana sya nk dptkan surat kelulusan dewan bahasa dan pustaka tentang penggunaan bahasa yg digunakn untuk diiklankan di papan tanda kedai?Sila layari domain yang berkaitan dengan pengesahan penggunaan bahasa dalam iklan, iaitu "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" atau mengunjungi kaunter pengesahan iklan (dengan membawa dua salinan iklan) di Aras, 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.Lain-lain20.10.2015
mcm mana maksud ayat ini..di sudut luar rumah terdapat bebberapa buah pasu bunga yang tidak bersusun dan terbiar di bawah pangkal pokok.sebuah daripada pasu itu tergolek dan pecah.tanah dan pokok bunga terkeluar daripada pasu tersebut.kelihatan juga sebahagian roda basikal terletak berhampiran

Dalam bentuk biasa ayat ini menceritakan keadaan pasu bunga yang tidak tersusun dan terbiar yang terletak di bahagian luar rumah. Walau bagaimanapun dalam bentuk kreatif ayat ini mungkin mengandungi makna yang tersirat disebaliknya. Hal ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam lagi.

Lain-lain19.11.2008
Ain Solehah AHA 2.19 PTG Ain Solehah Assalammualaikum...mcm ne utk terbitkn buku..mcm ne prosedur dia..?Salam, Untuk menerbitkan karya ke DBP, langkah awal, puan perlu menghantar manuskrip bercetak berserta surat penyerahan karya kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain03.09.2017
tak bolehkah bersifat tetap. mcm bhs inggeris x ada perubahan. kalau alasan nak memartabatkn bhs,kena lah tetapkn bhs, seolah2 mcm x tentu dgn bhs kebangsaan sendiri sehingga sentiasa berubah.Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara atas pandangan menarik yang diberikan berkaitan bahasa kebangsaan negara. Sebenarnya untuk makluman saudara, setiap bahasa yang ada di dunia berubah mengikut peredaran masa dan turut berubah selagi manusia berbudaya. Bahasa Inggeris juga turut berubah mengikut perkembangan. Mohon jasa baik saudara untuk mengemukakan apakah perubahan yang dimaksudkan agar pihak kami dapat sama-sama berkongsi maklumat untuk bersama-sama kita mengangkat martabat bahasa kebangsaan negara kita. Terima kasih.Lain-lain27.10.2006
Assalamualaikum, nak tanya mcm mana nak daftar papan iklan untuk kedai saya. Saya dah masuk ke web tapi dia mintak no id dan pasword.. Saya keliru sbb saya tak ada semua tu.. Terima kasih

Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut. Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479100/9200.
Lain-lain05.08.2020
Salam Sejahtera. Mohon tanya mcm mana translate "Bubble Gum" fragrance in BM ? Is "beraroma bubble gum" or beraroma gula-gula berletup"?

Cadangan yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai ialah “beraroma gula-gula getah”.

Istilah25.03.2024
Ok tak kalau hantar mcm ni? (Salam Tuan, Saya Amin, wakil dari Bank Islam Malaysia ingin melampirkan visual untuk semakan bagi tujuan pengiklanan di kota Baharu Kelantan. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan semakan ini.) Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemuskilan, tuan boleh mehubungi saya di talian 0142986890 atau email di alamat asyafiqmr@bankislam.com.my
Salam sejahtera, untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Pihak tuan juga boleh menghubungi pegawai kaunter penguatkuasaan melalui 03-21479100/9200 untuk sebarang pertanyaan. Sekian, terima kasih.
Lain-lain26.02.2022
nak wat ayat beraku mcm ana ?? tanpa tmbh imbuhanSila kemukan soalan dengan jelas dan menggunakan bahasa Melayu yang boleh betul.Tatabahasa13.02.2013
Salam. Sy nak taw mcm mn nak hubungi siapa2 yg berkaitan Othman Kelantan? Utk kajian sastera sy, insyaAllahWaalaikumuslam wbk. Bagi maksud tersebut, sdr bolehlah hubungi waris atau anak Allahyarham S. Othman Kelantan iaitu SM Zakir melalui alamat e-mel: smzakir90@gmail.com atau talian 017-3427991. Selamat berjaya dan wassalam.Lain-lain01.08.2010
Luwes bermaksud fleksibel. Sebutan 'luwes' mcm mana? Sebutan pada huruf e? Emak (e pepet) atau Ekor (e taling)?

Sebutan “luwes” ialah “lu.wes” (e pepet).

Lain-lain08.02.2022
1234

Kembali ke atas