Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata me ke

Puisi
 

Nyiur manis condong ke Keling,
     Sudah ke Keling ke Jawa pula;
Hitam manis duduk mengoleng,
     Sudah mengoleng ketawa pula.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ke gunung emas pasir baiduri,
     ke padang zamrud habis diedari;
terbang bangau sepanjang hari,
     ke tasik juga akhirnya dicari.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(314)

238

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(70)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) pada waktu pagi atau pada pagi? Sebab apa? Cth ayat: Suasana amat tenang pada pagi / pada waktu pagi yang berbahagia ini. 2) Apakah perbezaan antara ke dengan ke dalam? Cth: masuk ke dalam dewan atau masuk ke dewan? 3) Adakah dari semasa ke semasa mempunyai maksud yang sama dengan dari masa ke masa? 4) ke arah utara/selatan/timur/barat atau ke utara/selatan/timur/barat? Ribuan Terima Kasih !1. Penggunaan frasa “pada waktu pagi” dan “pada pagi” dalam contoh ayat yang diberikan, betul kerana kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat.
2. Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Manakala “ke dalam”  merupakan frasa sendi nama untuk menunjukkan konsep ruang. Ayat yang betul ialah “Masuk ke dalam dewan”.
3. “Dari semasa ke semasa” membawa maksud yang sama dengan “dari masa ke masa”.
4. Frasa yang betul ialah ke arah utara, ke arah selatan, ke arah timur dan ke arah barat.
Tatabahasa23.01.2022
Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke?

Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama.

Makna20.05.2023
Saya dan ayah pergi ke kedai dengan bersama. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya dan ayah pergi ke kedai" atau "Saya pergi ke kedai bersama ayah" atau "Saya pergi ke kedai dengan ayah".
Tatabahasa28.01.2024
cara yang betul untuk menulis Jadual ke 13 adakah - Jadual Ketiga belas atau Jadual Ke Tiga Belas atau Jadual Ke-TigabelasDalam penulisan teks, nombor satu hingga sembilan dieja penuh. Manakala nombor 10 ke atas hendaklah ditulis nombor. Frasa yang betul ialah Jadual ke-13. Lain-lain05.11.2020
Apakah maksud “mengerinjing” dalam ayat ini? “Ia pun memencak silat langkah gelombang dua belas, mengerinjing sahaja kakinya ke sana ke mari.” Terima kasih.Tiada kata terbitan "mengerinjing" seperti dalam ayat tersebut dalam pangkalan data perkamusan.

Yang ada ialah kata "kerinjing" yang bermaksud:

pokok sederhana hingga sangat tinggi, berbunga dan berbuah kecil berjambak, dan kayunya boleh dibuat bahan bangunan, bahan api dan sebagainya; jitang; Bischofia javanica.

atau 

kata "mengerinjang" (kata akarnya kerinjang) yang bermaksud:

melangkah-langkahkan atau menjejak-jejakkan kaki ke tanah dan sebagainya, misalnya ketika berpencak silat.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk mendapatkan maklumat berkaitan kata bahasa Melayu yang terkini. 

Makna24.08.2024
Apakah padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk trans-lunar injection, iaitu olah gerak yang meletakkan pesawat ke trajektori ke Bulan. Terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi trans-lunar injection ialah suntikan transbulan.Penyemakan dan penterjemahan07.01.2024
Ayat manakah yang betul : 1. Kita haruslah berhati-hati apabila (memuat naik/ memuatnaikkan) gambar (ke / ke dalam) laman media sosial.Ayat  yang betul ialah Kita haruslah berhati-hati apabila memuat naik gambar ke laman media sosial.Tatabahasa03.11.2021
Manakah penggunaan yang lebih tepat: dari masa ke semasa atau dari semasa ke semasa?Jawapan yang betul ialah "dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa"Tatabahasa06.11.2023
Dia termasukkan pemadam ke dalam telinga. Ayat ini betul ke?Ayat "Dia termasukkan pemadam ke dalam telinga" salah. Ayat yang betul ialah "Dia memasukkan getah pemadam ke dalam telinga" 
Tatabahasa29.07.2022
Antara ke-10 dengan kesepuluh,yang mana betul? Mulai dari nombor betapa tulis dalam bentuk ke-...

Penggunaan “ke-” dalam penomboran dimulai dengan  nombor ke-2 hingga yang seterusnya dan boleh juga ditulis sama ada dalam bentuk penomboran atau  dieja sepenuhnya, Contohnya, “kesepuluh”. Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (DBP 2023) halaman 165.

Tatabahasa03.12.2023
12345678910...

Kembali ke atas