Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (média) alat atau perantara komunikasi (perhubungan), spt radio, televisyen dan akhbar; ~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elek­tron moden (spt radio, televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (média) alat atau perantara dlm komunikasi atau dlm perhubungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata media


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk “social media post?” Adakah “hantaran media sosial” atau “siaran media sosial”?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah social media post ialah hantaran media sosial. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah23.03.2023
Perkataan mana lebih tepat antara "sosial media" atau "media sosial"MEDIA SOSIALTatabahasa15.03.2013
Salam sejahtera, bolehkah tuan mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "self-media"? Adakah media kendiri sesuai untuk digunakan? Berikut merupakan definisi self-media dalam bahasa Inggeris: Independently operated accounts run by individual users posting self-produced content on social media platforms. Konteks ayat: I'll expose you through self-media platforms. The accounts that I know have millions of followers and they are highly influential. Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas bantuan tuan terlebih dahulu.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:


self-media
- swamedia


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain03.06.2021
Assalamualaikum. Mana yang betul? di media sosial/ dalam media sosial / melalui media sosial

Frasa yang betul ialah “melalui media sosial.”

Tatabahasa23.04.2025
Saya ingin tahu sama ada "OKU" bermaksud orang kurang upaya atau orang kelainan upaya ? Biasanya kita ketahui OKU ialah orang kurang upaya, tapi baru-baru ini saya dapati di media-media massa banyak menggunakan 'orang kelainan upaya'. saya mendapat tajuk thesis berkenaan dengan oku .Jadi istilah mana yang saya perlu guna?saya harap pihak tuan dapat memberikan jawapan secepat mungkinIstilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. Penggunaan istilah ini juga selaras dengan akta, Akta Orang Kurang Upaya 2008.Istilah04.12.2015
"Media" disebut sebagai "midia" atau "media" (e pepet) atau "mehdia" (e taling)?Perkataan media disebut sebagai media (e taling). Lain-lain07.04.2025
1) APAKAH MAKSUD ATAU TAKRIFAN SEBENAR MEDIA CETAK DAN APAKAH JENIS-JENIS MEDIA CETAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. 2) SILA HURAIKAN PERANAN MEDIA CETAK DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU BAKU. 3)SEJAUH MANAKAH MEDIA CETAK DI MALAYSIA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU BAKU DALAM PENULISANNYA.Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll). Peranan media cetak dalam memartabatkan bahasa Melayu memang banyak. Ini dapat dilihat dalam akhbar arus perdana yang terdapat pada hari ini. Ini tidak termasuk bahan-bahan lain seperti buku-buku dan sebagainya. Akhbar di Malaysia memang menggunakan bahasa baku dalam penulisannya. Perlu juga diingat bahawa yang membezakan gaya penulisan dalam setiap bahan bercetak ialah laras bahasa yang digunakan. Misalnya, dalam bidang undang-undang, penulis akan menggunakan laras bahasa undang-undang dalam menyampaikan maklumatnya. Begitu juga dalam bidang sukan, politik, sains dan pelbagai disiplin ilmu lain, penulis akan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan apa yang hendak dipaparkan dalam tulisannya. Terima kasih.Lain-lain03.08.2008
Apakah padanan media engagement?Padanan dalam bahasa Melayu untuk "media engagement" ialah "keterlibatan media".Makna11.09.2019
Selamat pagi dan salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya sekali. Terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah muat naik ke dalam laman media. Kata sendi nama 'ke' menunjukkan berlakunya pergerakan fail contohnya dalam simpanan komputer ke laman media dan penggunaan kata sendi nama 'dalam' merujuk laman media yang merupakan tempat/lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang nyata.Tatabahasa19.11.2018
perbezaan "Perbarisan Kehormatan" dengan "perbarisan kehormat"Untuk makluman, kehormatan bermaksud untuk menghormati kedatangan orang besar. Manakala, kehormat pula bermaksud orang yang dihormati dalam majlis dan sebagainya. Penggunaan frasa yang tepat ialah Perbarisan Kehormatan. Sungguhpun begitu, frasa Perbarisan Kehormat  juga banyak digunakan terutamanya oleh media-media masa hari ini. Makna17.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas