Terjemahkan medical tourism | Pelancongan perubatan | Ejaan | 09.08.2006 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan Inggeris: medical consumables? | Cadangan terjemahan bahasa Melayu untuk medical consumables ialah barang guna habis untuk perubatan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.05.2017 |
Tuan/Puan, Saya ingin menterjemahkan "Comprehensive Medical Coverage" kpd "Perlindungan Medikal Komprehensif", iaitu menggunakan "medikal" sbg perkataan alternatif utk "Perubatan". Bolehkah penggunaan terma "medikal" diterima di dlm frasa tersebut? Terima kasih. | Puan digalakkan menggunakan perkataan perubatan yang merupakan padanan istilah bagi medical. Hal ini kerana istilah medikal tidak diterima dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Untuk makluman puan, penggubalan/peminjaman sesuatu istilah perlu melalui peraturan yang khusus yang digubal oleh suatu jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar bidang masing-masing. | Istilah | 08.06.2009 |
PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES KOLEJ ANTARABANGSA SAINS PERUBATAN PUSRAWI ATAU KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI | KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI | Lain-lain | 01.12.2010 |
Apakah terjemahan untuk ' self reported medical illness' dan 'own home'. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan DBP. Untuk terjemahan yang lebih tepat mohon tuan/puan kemukakan kepada Persatuan Penterjemah Negara. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.06.2014 |
Unit Rekod Perubatan Pengarah Hospital | Medical Records Unit Hospital Director | Lain-lain | 29.05.2007 |
Saya Siti Aminah Sarno mewakili pihak syarikat Medical Biotherapy Sdn Bhd ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak penggunaan bahasa pada papan iklan pusat rawatan kami di bawah. "Pusat Rawatan Luka Bioterapi" Jasa baik pihak Tuan amat kami hargai. Terima kasih. | Frasa 'Pusat Rawatan Luka Bioterapi' boleh digunakan sebagai keterangan aktiviti syarikat. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Siti Fatira, pelajar perubatan International Medical University (IMU), ingin membuat kajian mengenai Autisme di Seremban. Bagi menjayakan kajian ini, saya perlu terjemahkan 1 soal selidik yang berbahasa inggeris ke bahasa Melayu. Oleh itu, saya ingin meminta pihak Dewan Bahasa dan Pustaka menyemak soal selidik yang telah siap diterjemahkan. Tetapi, saya tidak mengetahui cara- cara untuk berhubung dengan pihak tuan bagi menyemak soal selidik tersebut. Bolehkah pihak tuan perjelaskan cara-cara untuk saya meminta khidmat nasihat dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka? Terima Kasih. Kerjasam daripada pihak tuan amatlah dihargai. | Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat Bahasa hanya menyemak dokumen yang tidak melebihi tiga halaman. Dokumen akan disemak dalam tempoh seminggu minggu dan akan di-e-mel kepada puan setelah selesai disemak.
| Lain-lain | 27.11.2015 |
Selamat petang tuan. Saya Leveniya Mahalingam. Seorang pelajar di india-jaharharlal nehru medical college, belgaum. Saya seorang pelajar dalam bidang perubatan. Kita pelajar-pelajar malaysia ingin mengadakan "malam Malaysia". kita perlukan satu theme yang menunjukkan pelbagai bilangan kaum- melayu, india dan cina. tuan ang tolong kita carikan saya: leveniya@hotmail.com terima kasih. | Kami cadangkan saudara memberi nama majlis tersebut seperti Malam Mesra Malaysia - merujuk majlis yang diadakan khusus untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum beramah mesra. | Lain-lain | 27.11.2008 |
Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat tuan/puan bagi istilah yang sesuai untuk 'underlying medical conditions', 'outbound tourism', 'elastic compression stoking', 'healthcare professional', 'oral rehydration salt', 'transmission of disease', 'venous thromboembolism' dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih. | Sila berikan konteks penggunaan istilah agar istilah yang sesuai boleh dicadangkan. | Makna | 14.05.2014 |