Mee Wee Ting SEL 9.19 PTG Maaf, sy ingin tnya, klu untuk mengucap selamat, selepas pukul 7pm disebut selamat petang ataupun selamat malam? | Terima kasih. Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. Harap maklum dan terima kasih. | Istilah | 23.05.2017 |
mengapa ejaan mee salah. mengapa mee tergolong dengan morfologi | Ejaan yang betul ialah mi. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, "ee" disesuaikan ejaan menurut peraturan penyesuaian huruf dan menjadi "i". Morfologi ialah bidang tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinaan perkataan. | Ejaan | 12.03.2012 |
Saya ingin tahu maksud perkataan perasa & perisa. Sekiranya saya ingin mengunakannya untuk produk makanan contohnya mee segera , mana yang lebih sesuai? Perisa ke perasa. Contohnya : Mee segera Perasa Sup @ Mee Segera Perisa Sup? | Perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang dibubuh dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enaknya. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning. | Makna | 09.05.2012 |
Ting Sin Mee Jul 31st, 4:57pm Apakah beza pernggunaan perkataan "disemadikan" dan dikebumikan"? | Perkataan disemadikan dan dikebumikan, kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu bertujuan untuk menguburkan jenazah/mayat yang telah meninggal dunia. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Istilah | 31.07.2015 |
apa perbezaan mee sup dan sup ayam, kenapa pekataan sup untuk mee itu dibelakang,manakala pekataan sup untuk ayam terletak didepan | Jika memperkatakan jenis masakan mi, maka mi disebut dahulu, contohnya mi sup, mi goreng, mi bandung dan sebagainya dan jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain. | Tatabahasa | 09.12.2009 |
Saya mencari terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan mee/mi (yang merujuk kepada mi kuning). Dalam kamus online BM-BI hanya ada perkataan mihun = noodle (yang merujuk kepada mi halus berwarna putih yang diperbuat daripada tepung beras). Mohon bantuan. | Dalam pangkalan data kami pula, noodle bermaksud seperti yang berikut: Bahan makanan yang berupa jalur-jalur kasar dan panjang, biasanya berwarna kuning, diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain. | Oleh yang demikian, noodle juga merujuk kepada mi kuning. | Makna | 14.08.2017 |
saya nak tahu analisis kesalahan tatabahasa bagi perkataan 1.'mee' 2. ' was-was' 3.'kerinting' 4.'atlit' | Ejaan yang betul ialah mi, waswas, keriting, dan atlet. | Ejaan | 17.03.2008 |
apakah bahasa atau perkataan yang sesuai bagi kumpulan makanan yang digoreng?.Misalnya mee goreng, nasi goreng dan bihun goreng dimaksukan di bawah kumpulan makanan (bergoreng).Adakah perkataan (bergoreng) dalam kurungan tersebut sesuai digunakan atau salah dari aspek pengunaan bahasa tersebut? | Mi goreng, nasi goreng dan bihun goreng boleh dikategorikan sebagai makanan bergoreng jika merujuk cara memasak makanan tersebut, iaitu digoreng. | Tatabahasa | 07.05.2012 |
assalamualaikum w.b.t saya ingin mengetahui kesalahan perkataan di bawah merujuk kepada kesalahan apa?? 1. pra-bayar 2. mee 3. disini 4. perabut 5. kashier 6. kelinik 7. pasaraya 8. batek 9. pelancungan 10. amalam 11. plan 12. warong 13. keaw teau 14. di larang 15. ajen 16. juru wang 17. murtabak 18. alatulis 19. goreng pisang 20. qualiti | Ejaan yang betul ialah: 1. prabayar 2. mi 3. di sini 4. perabot 5. Tidak ada perkataan "kashier" dalam bahasa Melayu 6. klinik 7. pasar raya 8. batik 9. pelancongan (lancung bermaksud i. tidak tulen, palsu ii. tidak jujur, tidak sebenarnya, curang) 10. amalan 11. pelan 12. warung 13. kuetiau 14. dilarang 15. ejen 16. juruwang 17. martabak 18. alat tulis 19. pisang goreng 20. kualiti | Ejaan | 30.03.2012 |
Salam sejahtera tuan, Jenazah negarawan yang terkenal itu akan ______________ pada tengah hari esok. A dikuburkan C disemadikan B ditanamkan D dikebumikan Mana satukah jawapan yang sesuai? Adakah jawapan C dan D, kedua-dua boleh diterima? Terima kasih atas bimbingan tuan. Daripada Sin Mee, Sibu | Salam sejahtera, Jenazah negarawan terkenal itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. | Lain-lain | 31.07.2015 |