| Apakah ejaan yang tepat; 1. Wifi atau wi-fi 2. Webex atau webex 3. Google Meet atau google meet? | Ejaan yang tepat ialah Wi-Fi, Webex dan Google Meet. | Ejaan | 11.12.2022 |
| https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=neither&d=139128LIHATSINI ; meet o’s ~ (fml or liter.) menerima balasan: he finally met his ~, akhirnya dia menerima balasannya. Pentafsiran "meet one's "neither" dah salah teruk. Ia sebenarnya "meet one's waterloo". Ada banyak pentafsiran yang salah dalam PRPM. Kalau ingin menawarkan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa, baik kalian semak seluruh kamus semula. Salah tafsir yang teruk sebegini tak boleh diterima. | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan neither adalah berbeza-beza mengikut konteks ayat. Contoh dalam ayat: he finally met his neither - akhirnya dia menerima balasannya. since you’re not going, neither am I - oleh sebab kamu tidak pergi, begitu juga saya I like neither of them - kedua-duanya saya tidak suka | Makna | 24.08.2020 |
| Apakah translasi betul Meet and Greet ialah Temu dan Tegur? "Tegur" di sini boleh disalah faham sebagai memperbetulkan atau ia cuma interaksi bila bertemu? Terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan “meet and greet” ialah “temu mesra”. | Makna | 21.05.2024 |
| Apakah istilah meet and greet dalam Bahasa Melayu menurut DBP? adakah temu dan tegur atau temu mesra? Mohon pencerahan. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah meet and greet ialah temu mesra. Padanan istilah ini boleh digunakan bergantung bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 26.08.2025 |
| Adakah penggunaan kata bagi "menjumpai" di bawah betul? 1. Saya akan menjumpai Ahmad pada petang nanti. (to meet someone) | Penggunaan kata yang betul ialah Saya akan berjumpa dengan Ahmad pada petang nanti. | Tatabahasa | 10.07.2025 |
| Mohon untuk menterjemahkan dalam bahasa malaysia A measure was created to evaluate the ethical influence of significant others. Here the criteria to meet include (a) the frequency with which direct supervisors and peers offer cues concerning ethical behaviour to respondents and (b) respondents’ perception of the strength of those ethical cues, again defined as the clarity message. As with the measures described above, existing item were pooled from the ethics literature and evaluation for the usefulness in meeting the above criteria. For the peer scale, four items fell on a single factor, which two additional item did not included. This item (how often do peer discuss past or current organizational ethical dilemma with you) and (how often do peers speak with you about the organization’s ethical guidelines?) both concern peers discussing ethics rather than acting in some ethical or unethical manners or stating their opinions on ethics in a generalized manner. Although no range restriction exist for these item, their mean (2.26 and 2.33) do indicate that they are substantially less frequent than the occurrences discussed in the other ‘peer’ items | Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan teks atau dokumen. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks atau dokumen yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2014 |
| Saya ingin memohon Lesen Perniagaan di Majlis Perbandaran Sepang. Tetapi Nama Papan Tanda di Premis Perniagaan saya memerlukan pengesahan dari DBP. Nama kedai saya adalah 'Meet & Greet'. | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan berserta lampiran visual iklan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 06.11.2015 |
| Minta jasa baik pihak tuan untuk semak terjemahan ini, High quality products and services through continual improvement (Produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi melalui penambahbaikan yang berterusan) Timely delivery of products and services (Penghantaran produk dan perkhidmatan mengikut masa yang ditetapkan) Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements (Amalan perniagaan yang mampan untuk memenuhi keperluan semua pemegang taruh) | Terjemahan tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. High quality products and services through continual improvement. Produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui penambahbaikan berterusan. 2. Timely delivery of products and services. Penghantaran produk dan perkhidmatan tepat pada masanya. 3. Sustainability of business practices to meet all the stakeholder requirements. Kelestarian amalan perniagaan untuk memenuhi semua keperluan pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, terjemahan tersebut perlulah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam teks yang dimaksudkan. Untuk pertanyaan yang akan datang, mohon kemukakan satu pertanyaan dalam satu medan soalan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2025 |
| Terima kasih atas jawapan yang diberikan, "Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur. Susulan itu, saya ingin bertanya lagi, jika dalam konteks "mendapatkan maklumat" ditemukan atau ditemui yang sesuai? Contoh: anda boleh menemui maklumat lanjut di laman web atau anda boleh menemukan maklumat lanjut di laman web ? | 1. Penggunaan yang betul ialah ANDA BOLEH MENEMUKAN MAKLUMAT LANJUT DI LAMAN WEB... 2. Sebagai tambahan, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". | Tatabahasa | 29.06.2018 |
| yang manakah yang betul Batu tersebut telah ditemukan di Kuala Kangsar. atau Batu tersebut telah ditemui di Kuala kangsar | Ayat yang betul ialah 'Batu tersebut telah ditemukan di Kuala Kangsar' kerana kata terbitan ditemukan lebih tepat untuk terjemahan found something dalam bahasa Melayu, manakala kata ditemui ialah terjemahan meet somebody dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 07.03.2011 |