saya ingin mencari maksud MEGA? | Mega bermaksud 1. awan 2. terlalu besar atau hebat .Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1012. | Makna | 11.09.2008 |
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan mega. Pihak kami bercadang untuk mengadakan program GEGAS MEGA. GEGAS adalah singkatan kepada perkataan Generasi Gadis Solehah. Jadi adakah sesuai untuk menggunakan perkataan mega tersebut? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, mega bermaksud terlalu besar atau hebat. Pada pandangan kami, singkatan GEGAS tidak sesuai digunakan bagi frasa Generasi Gadis Solehah kerana perkataan gegas mempunyai maksud tersendiri. Puan hendaklah menggunakan frasa penuh untuk program tersebut, GENERASI GADIS SOLEHAH MEGA. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
Salam sejahtera. Adakah sesuai jika istilah "mega-city" yang digunakan dalam teks berkaitan petempatan masyarakat, diterjemah sebagai "bandar mega"? Adakah terjemahan lain yang lebih sepadan? Terima kasih. | Salam sejahtera. Adakah sesuai jika istilah "mega-city" yang digunakan dalam teks berkaitan petempatan masyarakat, diterjemah sebagai "bandar mega"? Adakah terjemahan lain yang lebih sepadan? Terima kasih. Mengikut data kami, ‘city’ diberikan padanan “bandar raya” , “bandar” dan “kota”. Mengambil kira konsep “mega” kami mencadangkan “mega city” diberikan padanan “bandar raya mega”. | Istilah | 13.01.2015 |
1. Adakah wujud istilah bahasa melayu secara khusus bagi perkataan-perkataan berikut: instafamous, twitter famous, Facebook famous dan youtubers? Jika wujud, apakad istilah yang tepat? 2. Perkataan-perkataan berikut adalah berkaitan jenis-jenis pempengaruh (influencer). Adakah betul maksud bagi perkataan berikut: a)mega influencer=pempengaruh mega b)macro influencer=pempengaruh makro c)micro influencer=pempengaruh mikro d)advocate=penyokong e)referrer=perujuk f)loyalist=penyetia | Perkataan "Instafamous", "Twitter famous", "Facebook famous" dan "Youtuber" digunakan dalam konteks tidak rasmi. Kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai Instagram terkenal, Twitter terkenal, Facebook terkenal dan pengguna Youtube. Cadangan padanan bahasa Melayu: a) pempengaruh mega b) pempengaruh makro c) pempengaruh mikro d) penyokong, menyokong e) perujuk f) penyokong setia Semua padanan bergantung kepada penggunaan ayat dan konteks. | Istilah | 11.04.2020 |
Betulkah perkataan "melaksanakan" lebih sesuai digunakan untuk perbuatan yang melibatkan kerja-kerja mega seperti projek lebuh raya; manakala lebih sesuai digunakan perkataan "menjalankan" bagi kerja-kerja biasa. Mohon penjelasan pihak KNB. | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, melaksanakan bermaksud sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll):, menjalankan pula bermaksud mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. Berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dan tidak dibezakan oleh kerja-kerja mega dan sebagainya. | Makna | 12.12.2018 |
salam, saya ingin bertanya apa kah maksud MEGACUN yang diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi (Celcom) bagi mempromosikan syarikat mereka. | Perkataan 'mega' merupakan awalan asing 1. sangat besar, cthnya megalit; 2. sejuta, cthnya megawatt dan megavolt. sementara perkataan 'cun' bahasa percakapan 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. Dalam penggunaan yang betul, kita menggunakan 'jualan mega' yang merujuk jualan besar-besaran. | Makna | 04.01.2011 |
MEMINTA UNTUK SEMAK EJAAN BANNER DAN MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN MENGGANTUNG BANNER INI | 1. Betulkan kepada Jualan Mega! (rapatkan tanda ! dengan perkataan sebelumnya) 2. Betulkan format tarikh seperti yang berikut: 19/1-9/2 2019 3. Betulkan Easy Pay kepada Bayaran Mudah 4. Betulkan ESPANA ROOF kepada BUMBUNG ESPANA 5. Betulkan dari RM1.39 kepada daripada RM1.39 (rapatkan RM dengan angka). Sila betulkan pada tempat lain yang berkaitan 6. Betulkan MONIER CONTOUR kepada BUMBUNG KONTUR MONIER 7. Teks pada bahagian bawah perkataan Setiap Satu tidak jelas dan sukar dibaca. Sila lampirkan visual keseluruhan dengan teks yang lebih jelas untuk memudahkan penyemakan. Kemudian, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran untuk pendaftaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 22.01.2019 |
tuan, saya masuk ruang rujukan . ada kesilapan ejaan pada 4.14 ( laima meter persegi)....kalau betul is mesti lima meter persegi. tolong pereksa ayat tersebut. sekian terima kasih. adrian suresh 0163282710 ajs_ent@hotmail.com | Berdasarkan rujukan tidak ada kata laima dalam pangkalan data kami kecuali Mega-laima haemacephala indica, nama saintifik sejenis burung. Sila hubungi kami semula dan nyatakan butiran lengkap rujukan tersebut. | Lain-lain | 29.07.2011 |