apakah yang dimaksudkan dengan 'megah' | Maksud megah ialah kelihatan gagah (hebat dll), masyhur, mulia. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 10.09.2008 |
kata penghulu kepada Sultan," Patik berasa megah kerana dapat berbicara dengan tuanku." *tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini? tq** | Megah bermaksud mulia atau bangga dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Cdangan kami kata megah ditukarkan dengan kata bertuah yang membawa maksud lebih sopan dan halus. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
perkataan seerti bagi a) faham b) bertanya c) bangga | Perkataan seerti bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: (a)faham - mengerti, tahu, sedar, maklum, mafhum, menerima, mengikut, enga;, b) bertanya - soal: siasat, selidik, kaji, c) bangga - megah">megah | Lain-lain | 25.03.2010 |
tuan Bendera-bendera yang dicacak di sepanjang jalan itu kelihatan berkibar-kibar megah bagaikan menyambut kedatangan para tetamu. tuan, adakah kesalahan dalam ayat ini? | Tiada kesalahan dalam ayat itu. | Tatabahasa | 13.08.2011 |
saya inginkan isu-isu bahasa yang dibincangkan oleh DBP | Antara isu-isu bahasa yang menjadi fokus utama DBP pada masa ini ialah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang kurang berkesan, megah bahasa, penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi kerajaan (lisan dan tulisan), bahasa SMS, bahasa rojak, kesalahan bahasa dalam iklan paparan, peragaan, dan media cetak serta elektronik. Sila rujuk laman web DBP untuk mendapat maklumat lanjut. | Lain-lain | 12.06.2008 |
Kaitkan peranan Bahasa Melayu dengan jatidiri dan wawasan negara. | Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan, Setiap rakyat harus mematuhi peruntukan ini. Kita perlu memelihara dan mendaulatkan bahasa kebangsaan kita dan mempunyai rasa bangga dan megah diri terhadap bahasa kita. Untuk mencapai wawasan negara bM berperanan sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa perhubungan. | Lain-lain | 15.11.2007 |
assalamualaikum...mengapakah perkataan I-CT dieja seperti itu? | waalaikumsalam, Perkataan "ICT" ialah singkatan bagi "Information and Communications Technology" atau dalam bahasa Melayu ialah "Teknologi Maklumat dan Komunikasi" (TMK). Ejaan yang betul bagi singkatan ini ialah "ICT". Untuk makluman saudara, dari sudut universal, ICT memang menjadi pilihan pengguna, namun demikian, dalam konteks Malaysia, disarankan agar digunakan TMK kerana secara tidak langsung, kita akan dapat memperkayakan lebih banyak kata daripada bahasa kebangsaan dan akan dapat memupuk rasa megah bahasa. | Ejaan | 29.03.2013 |
Ini zaman teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Ada pihak menganggap singkatan TMK dalam ayat di atas janggal kerana singkatan yang lazim digunakan ialah ICT. Apakah pendirian DBP? | Untuk makluman saudara, dari sudut universal, ICT memang menjadi pilihan pengguna, namun demikian, dalam konteks Malaysia, disarankan agar digunakan TMK kerana secara tidak langsung, kita akan dapat memperkayakan lebih banyak kata daripada bahasa kebangsaan dan akan dapat memupuk rasa megah bahasa. | Lain-lain | 25.06.2007 |
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Bahasa Melayu kurang daya bersaing dengan bahasa lain di dunia dalam era kini. Apakah peranan DBP dalam memperkasakan bangsa Malaysia dalam Bahasa Melayu. | Kekuatan politik dan ekonomi memainkan peranan penting memajukan sesebuah negara termasuklah pelbagai aspek dalam negara tersebut seperti bahasa kebangsaannya. Dalam Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara. Setiap rakyat Malaysia wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh sebab itulah pihak kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan serta pusat pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan perpaduan bangsa. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa teknologi maklumat, bahasa dalam bidang ekonomi, undang-undang dan perniagaan. Dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia, pihak kerajaan terus melaksanakan program pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan agar wujud sikap megah bahasa dan jati diri. DBP sendiri telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua isu ini, sila rujuk makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 01.07.2011 |
apakah definisi bahasa kebangsaan | Dalam Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara. Setiap rakyat Malaysia wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh sebab itulah pihak kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan serta pusat pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan perpaduan bangsa. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa teknologi maklumat, bahasa dalam bidang ekonomi, undang-undang dan perniagaan. Dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia, pihak kerajaan terus melaksanakan program pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan agar wujud sikap megah bahasa dan jati diri. Mohon sdr. mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan atau penyelidikan. | Lain-lain | 03.06.2008 |