MEKAR DELIMA ENTERPRISE | Untuk Khidmat Pengesahan Bahasa, sila ke e-perkhidmatan dan klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2014 |
mekar berkembangan. Adakah dua perkataan ini boleh disatukan dalam satu ayat? | Salam sejahtera, Mekar membawa maksud mulai berkembang atau berkembang dan menjadi banyak. Oleh itu, penggunaan mekar berkembangan tidak boleh digunakan dalam ayat kerana berlaku pengulangan maksud yang sama. Sekian, terima kasih. | Makna | 20.12.2019 |
Saya ingin tanya tentang penggunan kata layu dan mekar. Soalan pokok bunga itu sudah layu. Apa lawan yang paling tepat untuk kata layu dalam ayat tersebut.jawapan yang diberi mekar. Pilihan jawapan lain segar. Mana satu lebih tepat. Harap tuan dapat bantu saya | Perkataan mekar digunakan khusus untuk bunga, manakala layu boleh digunakan untuk bunga, daun dan sebagainya. Oleh itu, ayat "pokok bunga itu sudah layu" betul. Kata lawan layu ialah segar. | Tatabahasa | 08.05.2013 |
Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ). | Jawapan 1: B. kuncup Jawapan 2: D. likat Jawapan 3: A. tepi | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Adakah perkataan "mekar" merupakan satu kata nama atau kata kerja? | Golongan kata yang betul bagi perkataan mekar ialah kata adjektif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1438.
| Tatabahasa | 09.12.2024 |
Tuan/Puan, Merujuk kepada Soalan 1 (tarikh soalan 12/03/2013) yang telah diberi jawapan sebagai B. kuncup. Amat dihargai jika tuan/puan boleh menerangkan lebih lanjut bagaimana jawapan itu diperoleh kerana menurut pihak penyedia soalan masih tetap dengan jawapan (D. layu) selepas menyemak kamus DBP. Saya ulangi soalan tersebut seperti di bawah:- Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik C. kembang B. kuncup D. layu | Mekar bermaksud mulai berkembang. Pada pandangan kami, kata lawan bagi mekar ialah kuncup yang didefinisikan dalam Kamus Dewan sebagai tidak mekar. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
perkataan fungsi, guna, mekar, sakit dan implimentasi tidak dijumpai dalam kamus dbp online Mohd Zaidi UM 0196341536 zaidium82@gmail.com | Makna perkataan-perkataan yang dinyatakan terdapat dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Sila layari https://prpm.dbp.gov.my/ dan taip perkataan yang hendak dicari. | Lain-lain | 19.08.2021 |
Saya terbaca di dalam buku teks Bahasa Melayu "Mekar" terbitan Kementerian Pendidikan Singapura mengenai ayat yang bertulis "Buku itu saya baca" Ada ibu bapa yang mengatakan ayat itu songsang.Sepatutnya, "Saya baca buku itu." Harap pihak tuan dapat jelaskan tentang kedudukan ayat tersebut. Sekian. Terima kasih | Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga ayat Buku itu saya baca menjadi contoh ayat pasif yang terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif Saya baca buku itu, sila rujuk halaman 484. | Tatabahasa | 03.02.2010 |
Adakah ayat yang mengandungi "yang" dikatakan ayat majmuk? Contoh: Mereka melihat kelopak bunga raya yang sedang mekar. Terima kasih. | Ya betul. | Tatabahasa | 13.08.2014 |
Salam, saya nak buat pendaftaran utk dptkan kelulusan utk menggunakan papan tanda untuk gerai makanan kami di Pusat Penjaja Mekar Sari....mcmana caranya?? Boleh saya dptkan pencerahan? | Sila layarai laman dbpsahbahasa.my untuk memohon pengesahan bahasa papan iklan. Tuan boleh mengikut panduan yang diberikan. Terima kasih. | Lain-lain | 02.12.2020 |