TUAN/PUAN TOLONG E-MEL KAN KEPADA SAYA KATA-KATA HIKMAT? | Kata hikmat ialah perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yang tinggi. Contoh kata hikmat ialah "Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat", Jika mahu menjadi manusia yang berjaya, jangan sekali-kali memikirkan tentang kegagalan", Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu kenalilah diri anda sebelum anda mengenali orang lain". Untuk maklumat lanjut, saudara digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 20.07.2009 |
imbuhan manakah yang betul? 1. meng-e-mel-kan atau 2.meng-e-melkan dalam khidmat nasihat saya terjumpa jawapan 2 yang betul ? | Jawapan yang betul ialah meng-emelkan. | Ejaan | 08.07.2014 |
salam, tuan mengapa ejaan meng-e-melkan dieja seperti ini tidak dieja menge-melkan. mohon penjelasan | Terdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-e-melkan' adalah untuk mengasingkan ejaan perkataan 'e-mel' daripada imbuhan 'meng-' supaya sebutannya tidak menjadi me.nge.mel.kan. Sebutan yang betul ialah meng.e.mel.kan. | Ejaan | 18.04.2011 |
Salam Sejahtera, Mohon semak sama ada imbuhan untuk perkataan "e-mel" di bawah adalah tepat: 1. Imbuhan apitan meN-...-kan untuk "e-mel" ialah "meng-e-melkan" dan apabila dipasifkan menjadi "di-e-melkan". 2. Imbuhan apitan peN-...-an untuk "e-mel" ialah "peng-e-melan". TK | Ejaan yang betul ialah: 1. meng-e-melkan 2. di-e-melkan 3. peng-e-melan | Ejaan | 27.10.2011 |
Assalamualaikum.. Soalan; 1.Adakah betul perkataan 'menge-mel' 2.Kata ganti nama untuk ibu. dia atau beliau. 3.Bagaimanakah untuk membezakan penggunaan imbuhan 'meng...' dengan 'meng....kan' dalam ayat. | 1. Ejaan yang betul ialah meng-e-melkan. 2. Kata ganti nama untuk ibu ialah beliau. 3. Dalam hal ini, puan mesti merujuk buku Tatabahasa Dewan. Secara umumnya, kata kerja dengan awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu, menyebabkan dan manfaat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157 dan 197 | Tatabahasa | 30.07.2012 |
Selamat pagi, Saya ada hantar e-mel pengesahan bahasa dalam iklan semalam. Saya sedang menunggu maklum balas dari pihak DBP. Apabila saya log masuk kata laluan yang saya masukkan tidak sah dan akan di berikan kata laluan sementara melalui e-mel. Kenapa kata laluan yang saya masukkan tidak sah sedangkan tidak ada masalah semasa mendaftar. Apabila saya cuba untuk menukar kata laluan, kata laluan baru tidak dapat di wujudkan kerana kata laluan lama tidak sah. Soalan saya, bagaimana nak buat kata laluan baru yang sah supaya kita tidak perlu masuk kan kata laluan sementara untuk akses masuk? Dan berapa lama proses pengesahan bahasa dilakukan bagi permohonan saya? Sekian, terima kasih. | Masalah yang tuan hadapi ini melibatkan masalah teknikal. Sila berhubung terus dengan pegawai teknikal kami di Bahagian Sistem Maklumat DBP, iaitu En Shaufi di talian 03-21479389 atau e-mel shaufi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.11.2014 |
Mengapakah kata 'meng-e-melkan' mengandung 2 tanda sempang ? | Terdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-emel-kan' adalah kerana bagi membezakan atau mengasingkan ejaan emel yang dieja 'e-mel'. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian KNB. Harap maklum. | Ejaan | 24.09.2007 |
Norhazalina Hashim SAT 2:47PM Salam Saya guru Pusat Sumber SK Bangsar.. Ingin membeli buku untuk bahan bacaan murid dan guru. Pembayaran secara lo boleh Kan.... Boleh beri katalog senarai buku | Untuk maklumat lanjut, puan boleh menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 12.12.2015 |
Saya memohon lesen perniagaan di majlis perbandaran nilai. Saya memerlu kan sijil pengesahan bahasa dari dewan bahasa dan pustaka dalam lakaran iklan perniagaan saya. Sila email semula kepada saya secepat mungkin. Terima Kasih | Untuk mendapat sijil pengesahan bahasa, sila kemukakan permohonan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa.(bukan Khidmat Nasihat Bahasa) Sila klik domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA dan daftar untuk pelanggan yang baharu. Kemudian lampirkan visual iklan dan segala maklum balas akan diberikan melalui e-mel yang didaftarkan. | Lain-lain | 27.09.2016 |
Salam,maaf tanya,sis nak tau info lanjut berkenaan ISBN Sis di beritahu oleh pihak sekolah Penulisan Ramadan anjuran saudara Mr Zamri Presiden myMove,,,, Ringkas ayat sis nak tahu bolehkah konten dan idea blogging sis dalam blog koleksi ubat di freedengkiblog.net berupaya di bukukan,atau ebook kan atau buat magazine yang boleh di print dan di jual,sis belum siapkan manuskrip koleksi blog,masih dalam try and adjust,,bagaimana proses selanjutnya,, ,,Sekian,,Terimakasih | Salam sejahtera puan, Maklumat berkenaan dengan penerbitan manuskrip/karya. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa, sebarang pertanyaan berhubung dengan penerbitan karya/manuskrip dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah menghubungi melalui talian telefon dan e-mel agar dapat memperoleh maklumat yang lebih terperinci daripada pegawai yang terlibat dengan hal-hal penerbitan seperti maklumat yang berikut: Rusdi bin Abd Rahman, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 13, Menara DBP, Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479431 013-3607426 e-mel: rar@dbp.gov.my Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2020 |