Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.hir.kan] | ملاهيرکن

Definisi : 1. mengeluarkan perasaan (per­kataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.hir.kan] | ملاهيرکن

Definisi : 1 mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat dll): Ahmad pandai ~ perasaan dan pendapatnya dlm cerpen-cerpennya. 2 mengeluarkan anak dr kandungan; bersalin: Isterinya baru saja ~ anak lelaki. 3 mengadakan; mewujudkan: Muawiyah telah ~ corak baru dlm pentadbirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lahir
1. Bersinonim dengan lahiriah
( luaran, nyata, maujud, jasmaniah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan terbit
( jadi, keluar, muncul, hidup, terpancar, menjelma, timbul, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : melahirkan, kelahiran, lahiriah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan :Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul atau Salah] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul atau Salah] Jika salah, tolong berikan penjelasan. Terima kasih.Ibu melahirkan seorang anak kelmarin.
Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul]
Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa24.10.2015
"melahirkan pelajar cemerlang hendaknya."adakah ayat ini betul dan sesuai digunakan untuk pantun?Ayat tersebut bukanlah satu ayat yang lengkap, tidak ada subjek yang menjadi pokok perbincangan dalam ayat. Jika hendak digunakan dalam pantun perlu ada kesinambungan dengan baris yang menjadi pasangannya (pembayang atau maksud).Tatabahasa15.05.2013
Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Adakah ayat songsang berikut betul? (a)Seorang anak kelmarin ibu melahirkan.Seorang anak kelmarin ibu melahirkan. Ayat songsang ini betul.Tatabahasa03.11.2015
apakah bersalin/melahirkan,terima kasih, dan datang yang digunakan dalam bahasa istana?Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran dan sebagainya yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Saudara boleh merujuk perkara ini di Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.   Istilah26.04.2009
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar telah berjaya mencapai matlamatnya, iaitu menyatupadukan murid pelbagai kaum, sekali gus berjaya "melahirkan" rupa bangsa yang diingini. melahirkan dalam ayat di atas merupakan kata kerja transitif aktif?Perkataan melahirkan tergolong dalam kata kerja aktif transitif berakhiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157.Tatabahasa24.03.2012
Melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri peserta untuk berubah menjadi lebih baik ATAU Melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri peserta dan berubah menjadi lebih baik

Kedua-duanya betul.

Tatabahasa27.04.2010
Penglibatan kokurikulum akan melahirkan murid cemerlang. Munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TKAyat yang betul ialah penglibatan murid dalam kokurikulum akan melahirkan murid yang cemerlang.Tatabahasa06.08.2012
Apakah kata seru yang boleh digunakan untuk melahirkan kegembiraan? Cthnya jika B Inggeris ada 'hurray' atau 'yay', bagaimana dgn B m'yu?
Merujuk buku Tatabahasa Dewan, tidak semua kata seruan yang disenaraikan dapat melahirkan pelbagai perasaan termasuklah perasaan gembira. Berdasarkan contoh dalam Kamus Dewan 'hurray' dalam bahasa Inggeris diterjemahkan kepada 'hore' seperti dalam contoh ayat: Hore, kita menang! 
Tatabahasa15.04.2011
adakah peperiksaan awam malaysia harus di mansuhkan supaya di ganti dengan assignment atau sebagai nya supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti kerana peperiksaan awam sahaja tidak dapat melahirkan pelajar yang lebih bagus.dengan adanya kerja sebegini,mereka lebih memahami secara langsung daripada teori

Terima kasih kerana menggunakan khidmat KNDBP.

Saudara disarankan memanfaatkan laporan/rencana yang disiarkan media cetak dan elektronik dan maklumat tambahan boleh didapati di mana-mana perpustakaan atau pusat dokumentasi melayu di DBP untuk membuat analisis bagi perkara ini.  Pihak kami tidak membantu individu/kumpulan dalam penyediaan tesis/laporan.

Lain-lain03.05.2008
Guru (ialah/adalah) tonggak negara dalam melahirkan generasi berilmu. Mohon penjelasan.. Terima kasih.

Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat  Guru ialah tonggak negara dalam melahirkan generasi berilmu.  Perlu diingat penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan bahasa Melayu. Dalam konteks ayat yang tuan berikan, lebih diubah menjadi  Guru merupakan tonggak dalam melahirkan generasi berilmu.

Istilah21.04.2017
12345678910...

Kembali ke atas