Ada 3 kata sendi " Melainkan", "Kecuali", "Sama Ada". Bolehkah ia digunakan di depan ayat? Misalnya: 1."Melainkan" saya mendapar persetujuannya, projek tidak akan diteruskan" 2. "Kecuali" kelulusan diperoleh, ini tidak patut dibuat. 3. "Sama ada" awak suka atau tidak, saya akan teruskan juga. | Kata tugas boleh digunakan di pangkal ayat. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Salam, bolehkan saya tahu? 1) Kata hubung 'kecuali' dan 'melainkan' merupakan kata hubung gabungan atau kata hubung pancangan keterangan? Terima kasih. | Perkataan "kecuali" dan "melainkan" merupakan kata hubung pancangan keterangan. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi yang betul bagi ayah di bawah: 1. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. 2. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Mohon penjelasan tuan mana satukah ayat yang betul. Sekian, terima kasih. | Yang betul ialah 2. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan y ang berhak disembah melainkan Engkau. Kata sendi nama "daripada" di sini menyatakan punca bagi unsur mujarad, iaitu azab kubur. Selain itu, ejaan yang betul bagi merujuk Tuhan ialah "dengan-Mu". | Tatabahasa | 12.12.2011 |
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan seperti berikut: (1) Terjemahan “lailahailallah”, Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. Adakah Allah dieja “Tuhan” atau “tuhan”? (2) Adakah lafaz niat puasa berikut betul mengikut tatabahasa, “Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala” (3) Mana satu yang betul, “Amalan sunat di bulan Ramadan” atau “Amalan sunat pada bulan Ramadan”. Terima kasih. | Penggunaan kata dan ayat yang betul: 1. Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. 2. "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala" - Ayat ini betul. 3. Amalan sunat pada bulan Ramadan. | Tatabahasa | 24.03.2025 |
Bolekah ditulis ke-1 bagi maksud pertama, contohnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-1? | Bentuk penulisan yang betul ialah "Mesyuarat Agung Tahunan". Lazimnya, majlis atau mesyuarat yang julung-julung kalinya diadakan tidak diberikan nombor, melainkan majlis yang berikutnya, seperti "Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2”, "Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua dan sebagainya. Cara menulis boleh menggunakan dua kaedah, sama ada menggunakan nombor atau dieja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my melalui pilihan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 30.04.2025 |
Sukan Tahunan Kali Ke-1 . Ayat ini betul atau salah . Ke -1 boleh guna atau tidak untuk ayat ini ? | Bentuk penulisan yang betul ialah “Sukan Tahunan”. Lazimnya, program atau aktiviti yang julung-julung kalinya diadakan tidak diberikan nombor, melainkan program yang berikutnya, seperti "Sukan Tahunan Kali Ke-2”, "Sukan Tahunan Kali Kedua” dan sebagainya. Cara menulis boleh menggunakan dua kaedah, sama ada menggunakan nombor atau dieja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my melalui pilihan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 07.05.2025 |
1.Kenapakah frasa ibu bapa tidak diletakkan antaranya tanda sempang? 2.Apakah maksud equatif? 3.Adakah sebarang ayat yang mengandung unsur keterangan adalah ayat majmuk? 4.Ayat :..berteduh /berlindung di dalam pondok ketika hujan. 5.Apakah soalan ramalan karangan STPM tahun 2011? | 1. Ibu bapa ialah kata majmuk dan kata majmuk dieja dua perkataan melainkan yang telah mantap sahaja dieja satu perkataan seperti warganegara, setiausaha dan olahraga. 2. Perkataan equatif tidak ada dalam sumber rujukan kami. 3. Tidak semestinya ayat majmuk, ayat tunggal juga boleh mengandung unsur keterangan yang menerangkan predikat. 4. Kedua-duanya betul. 5. Untuk urusan peperiksaan sila hubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia. | Tatabahasa | 02.11.2011 |
1.Apakah maksud perkataan menggalang ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menggalang bermaksud diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: Contoh ayat, menggalang kepala dgn bantal; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): Contoh ayat, menyumbangkan tenaga dan fikiran utk menggalang parti sendiri; 3. menghalang: Contoh ayat, barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.03.2010 |
1. Apakah maksud menterjemah? 2. Bahasa sumber adalah? 3. Menurut Abdullah hussain (1970), perkataan kamus berasal daripada apa? 4. Secara keseluruhan edisi terkini kamus dewan memuatkan berapa jumlah kata?, kata majmuk berapa?, terbitan?, tunggal? 5. Siapakah yang menyusun kamus eka yang pertama? 6. Perkataan dansa, nahkoda, seluar, serunai, baju dan mohor berasal dari mana? 7. Maksud transkripsi 8. Menurut Hartimurti (1974), kitab pengetahuan bahasa tidak dapat dianggap sebagai kamus murni melainkan dianggap sebagai kamus jenis apa? 9. Kamus dewan edisi terkini diterbitkan bila, berapa jumlah entri? 10. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan. Proses ini adalah? 7. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemah. Terjemah bermaksud memindah daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Transkripsi bermaksud skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan trengkas atau rakaman. Kamus Dewan Edisi terkini diterbitkan pada tahun 2005. untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Tingkat 23, Menara DBP. | Makna | 30.01.2008 |
1) Dia membatalkan hasratnya untuk menunaikan 'Solat Subuh' atau 'solat Subuh' di masjid. 2) Saya ingin bertanya makna 'triggered' bagi dua konteks ayat ini. "Abang ingatkan adik 'triggered' pasal Mak Long dera kita dulu" dan "Adik dah lama lupa tentang Mak Long melainkan tiba-tiba adik kena pukul balik. Tu mungkin boleh jadi PTSD adik 'triggered' semula.” | 1. Waktu solat merupakan kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat. Contohnya solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. 2. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah". | Tatabahasa | 08.12.2020 |