Ketika kami melalui di kawasan yang gelap lagi sunyi itu, bulu roma kami mulai meremang lalu menyebabkan kami mempercepat langkahan kaki. Jika saya menukarkan "melalui di" kepada "melalui", betulkah jawaban saya? Jika salah, boleh tuan berikan penjelasan yang selanjutnya? Terima kasih. | Ya, penggunaan "melalui" sahaja boleh digunakan. | Makna | 14.03.2018 |
Salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya. Terima kasih. | Perkataan yang betul ialah melalui, iaitu muat naik melalui laman media. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungis sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui radio. | Makna | 26.11.2018 |
Kepada, En. Muhamad Abu bin Ali Melalui, Pengarah Jabatan XXXXX Kuala Lumpur. ATAU, En. Muhamad Abu bin Ali Melalui, Pengarah Jabatan XXXXX Kuala Lumpur. Adakah penggunaan 'kepada' dan 'melalui' perlu dalam surat menyurat rasmi? | Saudara, Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 22.05.2019 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya jika DBP ada merancang untuk menambah akses kepada portal sesawang prpm bukan sahaja melalui laman sesawang, malah melalui aplikasi atau perisian khusus di masa depan? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Untuk makluman tuan, pihak DBP akan terus menambah baik perkhidmatan berdasarkan keperluan dan teknologi masa kini yang bersesuaian. Terima kasih atas keprihatinan dan kejasama. Sekian | Lain-lain | 27.05.2020 |
Bagaimana kami boleh iklan tanda "SKECHERS" boleh disahkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui laman ini? | Tuan, Untuk makluman , permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk iklan boleh dibuat melalui dalam talian (online) menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. 2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, tuan perlu meletakkan keterangan aktiviti yang hendak ditonjolkan dalam bahasa Melayu, seperti KELUARAN TERKINI, JUALAN HEBAT, PROMOSI BESAR-BESARAN atau yang bersesuaian. Contoh boleh dilihat pada lampiran yang disertakan. Terima kasih. | Lain-lain | 20.11.2019 |
Boleh saya tahu bagaimana cara hendak menerbitkan antologi puisi melalui DBP? Apakah terma dan syarat? | Penerbitan antologi puisi melalui DBP: 1. Minimum 100 buah puisi atau 100-200 halaman manuskrip. 2. Melibatkan beberapa orang penulis. Penulis tidak melebihi 20 orang, bagi memudahkan urusan pembahagian royalti. 3. Penulisan puisi berdasarkan tema tertentu atau bebas. 4. Terdapat seorang penyelenggara manuskrip untuk mengumpulkan semua puisi. Penyelenggara juga perlu ada karya puisi bagi melayakkan nama beliau di kulit buku dan prakata. 5. Prakata daripda penyelenggara. 6. Hantar manuskrip yang telah lengkap melalui alamat : Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 05.11.2019 |
1. Melalui lawatan ini, kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik 2. Kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik melalui lawatan ini. Manakah ayat yang betul? Atau kedua-dua pun boleh digunakan? | Kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. 1. Melalui lawatan ini, kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik (ayat songsang). 2. Kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik melalui lawatan ini. | Tatabahasa | 06.04.2020 |
Salam tn/pn Bolehkah borang pemohonan jawatan di DBP dihantar melalui email.memandangkan keadaan susah keluar sekarang. Terima kasih | Salam sejahtera, Permohonan jawatan kosong Borang permohonan jawatan kosong DBP tidak boleh dihantar melalui e-mel, borang perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu: 1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau 2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341 | Lain-lain | 20.03.2020 |
Check Dewan Bahasa | Untuk pengesahan iklan dalam talian, sila daftar iklan melalui laman web dbpsahbahasa.my bukan melalui Khidmat Nasihat Bahasa (KNB)
| Lain-lain | 25.04.2018 |
Assalamualaikum, Saya mengalami masalah untuk mengakses PRPM melalui pelayar sesawang telefon pintar saya. Adakah ketergendalaan ini sementara sahaja? | Kami menjangkakan masalah tersebut hanya sementaara kerana melalui uji cuba yang kami buat kami laman web berkenaan boleh diakses seperti biasa. | Lain-lain | 26.08.2017 |