| Salam dan terima kasih kerana membantu. Istilah "subordination of debt" merujuk kepada proses yang melaluinya sesuatu hutang ditempatkan pada taraf keutamaan yang lebih rendah dalam pemungutan hutang itu daripada aset peminjam, berbanding dengan hutang yang lain. Begitu juga istilah "subordinated debt" yang merujuk kepada hutang atau pinjaman yang ditarafkan di bawah pinjaman atau sekuriti yang lebih tinggi berhubung dengan tuntutan ke atas aset peminjam. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "subordination of debt" dan "subordinated debt"? "Penarafan bawah hutang" dan "hutang bawahan" atau apa-apa istilah lain yang lebih sesuai? Terima kasih. | Subordination of debt dikenali juga dengan istilah subordinated debt dan subordinated debenture dan dalam bahasa Melayu subordinated debenture diterjemahkan kepada debentur subordinat. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2019 |
| Assalamualaikum, Saya hanya ingin bertanya bagaimana caranya sekiranya saya ingin menulis cerpen/novel dan mendapatkan sumber kewangan melaluinya? | Saudara disarankan supaya membaca buku-buku yang berkaitan dengan teknik mengarang cerpen dan novel . Saudara juga disarankan supaya bergiat dalam persatuan penulis supaya dapat berkenal-kenalan dengan penulis yang hebat, di samping mengikuti kursus atau bimbingan penulisan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Saudara juga boleh menjadi Rakan Dewan untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan mengisi borang keahlian dan membayar yuran tahunan di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut tentang penulisan sila hubungi Sdr. Azmi melalui e-mel azmi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 03.02.2008 |
| SAYA INGIN MENGETAHUI DEFINISI WAHYU | Maknanya ialah firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.11.2009 |
| Salam hormat, Lema *Jibrail - mentakrifkan malaikat yang menyampaikan wahyu kepada rasul atau nabi. Manakala *Jibril (ejaan tanpa a) terdapat pada lema *wahyu mentakrifkan firman (kalam) Allah yang dibaca kepada nabi dan rasul-Nya yang disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Juga pada lema *mewahyukan - mentakrifkan menurunkan wahyu kepada, menyampaikan petunjuk (pengajaran dll) dengan wahyu disampaikan kepada Nabi oleh Jibril... Persoalannya - boleh perkataan *Jibril digunaka di samping perkataan *Jibrai? | Salam hormat dan terima kasih atas perhatian yang diberikan. Untuk makluman, kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan Perdana, 2020) telah memasukkan entri Jibril dan ditakrifkan seperti berikut: Jibril جبريل [dʒib·ril] n malaikat yg tugasnya menyampaikan wahyu kpd rasul Manakala entri Jibrail ditakrifkan seperti berikut: Jibrail جبرائيل [dʒib·rɒ.·il] n Jibril Walaupun kedua-dua ejaan dimasukkan sebagai entri, ejaan Jibril lebih lazim penggunaanya berbanding Jibrail. Terima kasih. | Ejaan | 18.05.2025 |
| Adakah penggunaan istilah mesin ATM betul ? kerana dalam ATM itu sendiri sudah ada perkataan machine | Penggunaan bagi istilah ATM (Automated Teller Machine) ialah Mesin ATM. ATM ialah mesin yang membolehkan urusan perbankan seperti pengeluaran dan pemasukan wang, kemasukan cek dan pertanyaan baki dibuat melaluinya tanpa perlu ke kaunter (Kamus Dewan Perdana) | Lain-lain | 27.07.2022 |
| pihak kami ingin membuat tulisan rumi convert ke tulisan jawi. di sini, kami ingin bertanya adakah pihak dbp mempunyai sumber rujukan terhadapnya? | Anda boleh layari laman web: www.ejawi.net/ Anda boleh menukarkan teks Rumi ke teks Jawi melaluinya. | Lain-lain | 12.04.2009 |
| harap maaf, soalan ini adalah lanjutan soalan terakhir saya. Garisan kuning yang saya maksudkan bukan untuk melintas (lintasan belang) tetapi garisan yang biasanya terdapat di persimpangan jalan atau lampu isyarat digunakan untuk memudahkan pemandu memperlahankan kenderaan. Biasanya garisan ini dibina dengan kasar dan mengeluarkan bunyi yang kuat apabila kenderaan melaluinya. Apakah istilah untuk garisan ini | Tiada istilah khusus yang digunakan untuk nama garisan tersebut. Namun yang biasa digunakan ialah garisan kuning sahaja yang lazimnya terdapat di kawasan sekolah, simpang, dan lampu isyarat. | Istilah | 19.05.2010 |
| Apakah maksud jalan lurah/jalurah dan dramatari dlm bahasa Melayu? Adakah masing2 sepadan dgn perkataan viaduct dan theatre dance dlm bahasa Inggeris? Terima kasih. | 1. Perkataan “jalurah” tiada dalam kosa kata bahasa Melayu, manakala perkataan “lurah” bermaksud tanah rendah yang memanjang dan sempit, terletak di antara dua buah bukit atau gunung, dan biasanya terdapat sungai yang mengalir melaluinya. (Rujukan, Kamus Dewan Perdana halaman 1369). 2. Padanan untuk bahasa Inggeris “viaduct” ialah “jejambat” dalam bidang Geografi dan kejuruteraan. 3. Padanan untuk istilah bahasa Inggeris “theatre dance” ialah persembahan tarian dalam bidang kesenian. (Rujukan, Kamus Dewan Perdana dan Pusat Rujukan persuratan Melayu PRPM) | Makna | 19.08.2024 |
| bagaimanakah saya boleh memulakan karier sebagai seorang penulis? | Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah: 1. Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis. 2. Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan. 3. Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. 4. Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur. 5. Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa. 6. Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis. Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya! | Lain-lain | 30.12.2008 |
| Salam sejahtera saya ingin megetahui apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menulis cerpen dengan baik. | Antara ciri-ciri penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah: 1. Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorangpenulis. 2. Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) olehpenulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan. 3. Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. 4. Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulispelbagai kaum dan peringkat umur. 5. Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa. 6. Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis. Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya! | Lain-lain | 26.10.2010 |