saya ada melampirkan papan iklan saya unutk tujuan pengesahan bahasa oleh DBP bagi mendapatkan lesen papan iklan dari pihak berkuasa tempatan. Terima Kasih | Masukkan keterangan dalam bahasa Melayu seperti "KEDAI ALAT PERMAINAN" di bahagian atas iklan. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 12.10.2015 |
gagal melampirkan lampiran jpg file untuk kali yang kedua, iaitu pembetulan ejaan untuk pemohonan yang pertama. Cara yang sama seperti yang sama melampirkan jpg untuk kali pertama , tetapi tidak jadi untuk kali ini. | Sila rujuk lampiran. Sekiranya tuan menghadapi masalah teknikal, tuan boleh menghubungi En. Shaufi, Pegai Sistem Maklumat melalui sambungan 1860. | Lain-lain | 31.10.2013 |
Mana satu yang betul? 1. Saya lampirkan borang .... 2. Saya melampirkan borang.... | Ayat yang gramatis ialah Saya melampirkan borang .... | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Saya baru mendapati bahawa hanya lampiran fail dalam format .doc dan .txt diterima. Dalam soalan lepas, saya telah melampirkan fail format .docx. Jadi, saya akan melampirkan fail .doc. Soalan asal: Hi, cikgu baru berunding tentang jawapan-jawapan sebuah ujian kecil. Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat kesimpulan tentang jawapan beberapa soalan. Yang dilampirkan ialah ujian penuh. Tolong memberikan jawapan dan juga penjelasan soalan jika boleh. Harap DBP dapat membantu kaimi. | Pihak kami telah memberikan jawapan kepada 2 soalan yang sama sebelum ini Mohon rujuk jawapan kami. | Lain-lain | 17.02.2014 |
Salam warga DBP, Saya ada melampirkan fail format pdf tentang POSTAG bahasa Indonesia. Adakah bahasa Malaysia mempunyai pembahagian perkataan seperti berikut? Jika ada, bagaimana cara untuk saya dapatkannya? Terima kasih. | Untuk makluman tuan, tiada data berkenaan POSTAG dalam bahasa Melayu dalam data rujukan kami. | Lain-lain | 02.11.2016 |
Salam sejahtera. Tuan/Puan, Saya telah melampirkan soalan saya. Terima kasih. | Kecinaan bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Cina, kearaban bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Arab, kemelayuan juga bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Melayu. Maka ketiga-tiga kata ini ialah kata adjektif. Jika ada pandangan lain yang menolak pandangan ini, kami akan kemukakan kepada mereka yang ahli khususnya penyusun buku Tatabahasa Dewan. Kami menerima pakai rumus yang termaktub dalam buku Tatabahasa Dewan tentang apitan ke...an dan jenis kata yang terhasil daripadanya. | Tatabahasa | 29.01.2014 |
Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka: Saya telah melampirkan soalan saya di lampiran fail. Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas pandangan saudara. Untuk makluman saudara, jawapan yang diberi merujuk Kamus Dewan. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2. boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan perkataan harus dan mesti dibezakan, harus - due/due to be dan mesti - must. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
Salam, Saya dari Koperasi Percetakan Bumiputra Malaysia berhad melampirkan fail untuk pihak tuan mengesahkan ejaan yang terdapat di fail tersebut. Ia adalah untuk mendapatkan lesen iklan papan tanda premis. Sekian Terima Kasih | Iklan perlu dikemukakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my Layari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Pilih dan isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. | Lain-lain | 25.07.2011 |
s/pagi. saya sudah daftar. tapi tidak dapat masuk permohonan untuk melampirkan ikan saya. terima kasih | Mohon pihak tuan menghubungi Pegawai Teknologi Maklumat kami untuk bantuan tersebut. En. Mohamad Shaufi bin Kambaruddin, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, 03-2147 9389 shaufi@dbp.gov.my">shaufi@dbp.gov.my | Lain-lain | 09.12.2016 |
Saya ingin mendapatkan pengesahan untuk papan tanda perniagaan saya. Bersamaan ini, saya melampirkan sekali lakaran papan perniagaan saya yang berukuran 2m x20m. Diharap pihak Tuan /puan dapat menolong saya berkenaan ini. Terima kasih | Mohon hantar pengesahan bahasa untuk iklan ke http://dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 01.06.2017 |