Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.cong] | ملنچوڠ

Definisi : melawat sambil melihat­lihat (bersenang-senang): dia bercadang utk ~ ke luar negara pd tahun hadapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.cong] | ملنچوڠ

Definisi : pergi melawat utk bersenang-senang atau utk melihat-lihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancong
Kata Terbitan : melancong, pelancongan, pelancong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? A) ... melancong di dalam negara. B).... melancong dalam negaraA) ... melancong di dalam negara.Tatabahasa01.08.2011
A "Berapa harikah kalian akan melancong ke Pulau Langkawi?" tanya Nurul. B "Berapakah hari kalian akan melancong ke Pulau Langkawi?" tanya Nurul. A atau B, manakah ayat yang betul?Ayat yang betul ialah B.Tatabahasa09.08.2011
Adakah ayat ini betul? Saya agak ayah hendak melancong ke luar negeri.Ayat yang lebih tepat ialah "Saya mengagak ayah mungkin melancong ke luar negeri."Tatabahasa01.10.2013
Salam sejahtera. Adakah ayat ini diterima? Sebelum pergi melancong ke Melaka, Cikgu Shila memberikan taklimat ringkas kepada murid-murid.Ayat tersebut akan lebih baik jika ditulis:  Sebelum bertolak untuk melancong ke Melaka, Cikgu Shila memberikan taklimat ringkas kepada murid-murid.Lain-lain10.04.2017
Salam sejahtera. penggunaan kata ganti nama diri kedua"awak" dan "kamu" Mana satukah ayat yang sesuai? 1. Keluarga kamu akan pergi melancong ke Pulau Langkawai bila? 1. Keluarga awak akan pergi melancong ke Pulau Langkawai bila?Kedua-dua contoh ayat yang berikan adalah betul penggunaannya. Terima kasih.Tatabahasa17.05.2017
1. ..membawa kepada kebaikan 2...memberitahu kepada ibunya. 3...menjurus kepada kebaikan. 4..mendorong kepada kemungkaran 5..melancong ke luar negara. Soalan: Adakah kesemuanya kata kerja transitif dan perlu digugurkan kata sendi yang mengikutinya?

Membawa, memberitahu, menjurus dan mendorong ialah kata kerja transitif yang hadir sebelum kata nama atau frasa nama, manakala melancong bukan ialah kata kerja tak transitif. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 147.

Tatabahasa29.05.2011
Encik Lim sekeluarga melancong di Tanah Tinggi Genting. Ayat ini betul atau salah dari segi tatabahasanya.Ayat ini betul. Penggunaan kata sendi nama "di" membawa maksud mereka itu telah sampai di Tanah Tinggi Genting.Sastera21.05.2014
Selamat sejahtera.Berikutnya beberapa soalan yang ingin ditanya: 1. A. Dia seorang perempuan yang diam. B. Dia seorang perempuan yang pendiam. Mana satu yang betul ye? 2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia. Bolehkan "walaupun" dan "tetapi" digunakan dalam satu ayat yang sama? 3. A. Dia membelanjakan banyak wang untuk melancong. B. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong. C. Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong. Sekian, terima kasih. :)Jawapan yang betul dan tepat ialah:
1. Dia seorang perempuan yang pendiam.
2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia.  (Berdasarkan ayat yang telah diberikan oleh saudara ini, "walaupun" boleh digunakan bersama "tetapi")
3. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong atau Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong.
Tatabahasa17.09.2019
Adakah ayat ini salah? : Impiannya untuk melancong ke Eropah tidak kesampaian kerana kesempitan wang.Ayat ini betulTatabahasa15.07.2011
Apakah kesalahan bagi ayat ini ? Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi ?Ayat tersebut betul dan merupakan ayat tanya tanpa kata tanya.Tatabahasa01.03.2011
123

Kembali ke atas