Apakah perbezaan penggunaan lampu isyarat dan isyarat lampu? Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Dia ditahan polis kerana melanggar isyarat lampu merah. b. Dia ditahan polis kerana melanggar lampu isyarat. | Lampu isyarat ialah kata nama bagi lampu tersebut. Isyarat lampu pula isyarat yang ditunjukkan pada lampu tersebut sama ada merah atau hijau. Yang tepat a. Dia ditahan kerana melanggar isyarat lampu merah. Manakala, b. merujuk pemandu melanggar lampu tersebut. | Lain-lain | 14.05.2017 |
Adakah kita dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam penulisan kreatif ? kalau boleh apakah kewajarannya? | Encik Jama, Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namundalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. | Lain-lain | 04.10.2010 |
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melanggan | Perkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui. | Tatabahasa | 30.10.2006 |
Penggunaan perkataan yang betul untuk perkataan 'kerana' dan apabila. Contoh ayat: 1. Anda didapati telah melanggar kod etika APABILA tidak menghadirkan diri.... 2. Anda didapati telah melanggar kod etika KERANA tidak menghadirkan diri... | Kerana dan apabila ialah kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan. Kata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya "kerana" digunakan di tengah-tengah ayat bagi menerangkan klausa utama. Contohnya dalam ayat 1 dan 2 penggunaan yang tepat ialah "kerana" kerana kedua-dua klausa selepas perkataan "kerana" menerangkan klausa utama yang hadir sebelumnya. Kata hubung "apabila" lazimnya digunakan pada pangkal ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 253. | Tatabahasa | 16.04.2014 |
Ayat tersebut betul atau salah... 1. Amin dihukum guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah. 2. Rupanya dialah dalang dalam gerakan itu. 3. Sofia amat kasih akan kedua-dua ibu bapanya. | 1. Amin dihukum guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah. 2. Rupanya dialah dalang dalam gerakan itu. 3. Sofia amat kasih akan kedua-dua ibu bapanya. Ayat 1 dan 3 betul, manakala ayat 2 kurang tepat. | Tatabahasa | 27.10.2014 |
Apakah perbezaan perkataan-perkataan tersebut? Boleh berikan contoh ayat dan keterangan.Terima kasih. 1. a)berlanggar b)melanggar c)perlanggaran d)pelanggaran 2. a)binaan b) pembinaan 3. a)pertambahan b)penambahan 4. a)kedamaian b)pendamaian 5. a)budaya b)kebudayaan | Berlanggar bermaksud berlaga, beradu, berantuk dan sebagainya; melanggar bermaksud merempuh, menyerang, menyerbu dan menyalahi undang-undang; perlanggaran bermaksud perihal berlanggar dan pelanggaran bermaksud perihal melanggar. Untuk mendapatkan keterangan dan contoh ayat, termasuklah untuk perkataan-perkataan yang lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang hendak dicari pada ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti kamus, istilah dan sebagainya. Data daripada kamus dapat membantu saudara mendapatkan keterangan perkataan dan contoh ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 05.04.2011 |
Adakah penggunaan memaklumi betul pada ayat dibawah? Memaklumi Syarikat dengan segera jika pekerja melanggar peraturan Syarikat. Adakah oenggunaan "memaklumkan" lebih tepat? | Untuk makluman, perkataan yang lebih tepat ialah "memaklumkan". Akan tetapi, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat, "Sila memaklumkan kepada pihak syarikat dengan segera jika terdapat pekerja yang melanggar peraturan". | Tatabahasa | 28.12.2016 |
contravention | Bermakna perbuatan /melanggar, menyalahi. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus bahasa Inggeris Melayu Dewan. | Makna | 07.10.2009 |
Tema "Menjulangi Sarawak", adakah ia melanggar mana-mana tatabahasa? Terima kasih. | Tidak ada contoh penggunaan kata menjulangi dalam pangkalan data kami. Perkataan menjulang yang bermaksud menghormati dan menyanjung tinggi telah melengkapkan makna frasa "menjulang Sarawak". Oleh itu frasa "menjulangi Sarawak" tidak gramatis. | Tatabahasa | 23.03.2012 |
Saya membeli banyak buah. Ayat di atas dianggap salah kerana melanggar hukum binaan frasa kerja aktif transitif, iaitu kata kerja aktif transitif 'membeli' tidak diikuti terus oleh objek. Namun demikian, mengapakah ayat di bawah ini dianggap betul? Saya membeli tiga biji buah. Sedangkan 'banyak' dan 'tiga' merupakan kata bilangan yang boleh digunakan dalam binaan frasa nama. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 11.06.2016 |