Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.sung.kan] | ملڠسوڠکن

Definisi : 1. melakukan, mengerja­kan, mengusahakan: kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd pembacanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.sung.kan] | ملڠسوڠکن

Definisi : 1 melaksanakan atau mengerjakan: Pak Ahmad akan ~ majlis perkahwinan anaknya pd hujung minggu ini. 2 meneruskan (bantahan, rayuan dll); memanjangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'bernikah' digunakan pada bukan Islam? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bernikah ialah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan. Perkataan tersebut boleh digunakan semua agama.Tatabahasa28.11.2012

Kembali ke atas