Melaporkan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar Tempatan Hal sedemikian rupa tidak sepatutnya berlaku di dalam akhbar tempatan kerana ini akan menimbulkan kekeliruan masyarakat terhadap sistem ejaan bahasa Melayu terutamanya generasi muda serta bolah mendorong Bahasa Melayu untuk dilupakan generasi kini. Sebagai contoh Keratan akhbar The Star bertarikh 29 Jun 2016 (Rabu) Kesalahan pada ejaan martabak. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai 2016 (Isnin) Kesalahan pada ejaan viral yang dieja sebagai virak Saya berharap agar pihak tuan akan segera mengambil tindakan bagi memastikan perkara sedemikian rupa tidak berulang lagi.Undang-undang harulah segera dikuatkuasakan, tiada lagi istilah tidak tahu dalam masyarakat perihal sistem ejaan Bahasa Melayu. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “BAHASA JIWA BANGSA’’ | Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan atas keprihatinan terhadap bahasa Melayu. Untuk makluman tuan/puan, pihak kami sentiasa melakukan pemantauan penggunaan bahasa Melayu di media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul diamalkan. Berkenaan dengan kesalahan tersebut, kami akan panjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. | Lain-lain | 03.08.2016 |
Assalamualaikum, Berita melaporkan bahawa DBP telah mengeluarkan 140 istilah baharu sejak 8 bulan yang lalu. Dimanakah saya boleh dapatkan senarai penuh istilah - istilah baharu yang dikeluarkan untuk saya sebar luaskan melalui media sosial? | Belum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya. Kami amat menghargai keprihatinan tuan dalam hal ini dan kami ucapkan terima kasih. | Lain-lain | 20.08.2017 |
Betulkah ayat di bawah ini? - Dia melaporkan tentang kecurian di rumahnya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Dia melaporkan kecurian di rumahnya | Lain-lain | 25.04.2009 |
Ada ke akta yang melindungi hak penulis yang mengatakan penulis tak perlu melaporkan manuskripnya kepada mana-mana pihak kecuali Penerbitnya kalau nak tulis buku. Kalau ada harap tuan dapat berikan. | Tidak ada akta yang mengatakan penulis tidak perlu melaporkan manuskripnya kepada mana-mana pihak kecuali penerbitnya. Pihak yang ingin menerbitkan bahan bercetak di Malaysia hendaklah mempunyai lesen pencetak dan permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Saudara boleh mendapatkan maklumat daripada Kementerian yang berkenaan dan merujuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk maklumat selanjutnya. | Lain-lain | 08.05.2007 |
Adakah ayat di bawah betul dari segi tatabahasa? Apabila saya sampai ke tahap saya tidak dapat bersabar lagi, saya akan melaporkan hal ini kepada pengetua. Sila sertakan analisis saudara. Terima Kasih. | Apabila saya sampai ke tahap saya tidak dapat bersabar lagi, saya akan melaporkan hal ini kepada pengetua. - ayat ini betul, tetapi mesti berkaitan dengan wacana yang sebelumnya kerana fungsi kata hubung 'apabila' menghubungkan ayat tersebut dengan wacana sebelumnya. | Tatabahasa | 18.04.2011 |
Kakak akan laporkan kepada ayah. Adakah ayat di atas gramatis? | Ayat yang gramatis ialah "Kakak akan melaporkan perkara itu kepada ayah." | Tatabahasa | 30.05.2013 |
Salam, Adakah ayat di bawah ini boleh diterima? Adryan menghubungi pihak bomba dan penyelamat dengan mendail angka 999 untuk melaporkan kebakaran. "Bolehkah digunakan "mendail angka 999" selain ayat kebiasaan "mendail nombor 999". Terima kasih. | Nombor ialah angka dan angka ialah nombor. "Mendail angka" atau "mendail nombor", kedua-duanya boleh digunakan, namun perlu diingat penggunaan "mendail nombor" telah mantap dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 24.02.2016 |
Salam sejahtera, Adakah "Alert Line" sesuai diterjemahkan kepada "Talian Awasan" atau "Talian Amaran"? Teks bermaksud talian yang boleh dihubungi oleh pengguna untuk melaporkan apa-apa hal atau pertanyaan. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Kami mencadangkan Alert Line diterjemahkan kepada Talian Peka. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2019 |
betul atau salah ayat di bawah dan mohoh bantu terangkan =) 1) kucing-kucing itu menjilat ekor "mereka" 2)para hadirin sekalian 3)audara saudari sekalian 4)tuan-tuan dan puan-puan sekalian 5)keluar dari pejabat saya! (betul atau salah pengunaan kata seru) 6)jemput datang ke rumah saya. 7)halim melaporkan dari New Delhi 8)semua kanak-kanak 9)guru-guru semua 10)ribuan penonton 11)berapa orang pelajarkah yang menyertai lawatan itu? 12)kuih itu dimakan bapa 13) kuih itu dimakan oleh bapa 14)kuih itu bapa makan | 1. Perkataan "mereka" tidak boleh digunakan untuk binatang. 2. "Para hadirin" sahaja. 3. Saudara-saudari 4. Tuan-tuan dan puan-puan 5. Betul. 6. Betul. 7. Halim melaporkan ? dari New Delhi. Sepatutnya, "Halim melaporkan berita dari New Delhi". 8. Betul. 9. Guru semua atau guru-guru. 10. Betul. 11. Ayat yang betul ialah "berapakah orang pelajar yang menyertai lawatan itu?". 12. Salah. 13. Betul. 14. Betul | Tatabahasa | 07.05.2013 |
jadual tugasan atau jadual betugas? Kenapa? | Puan Rohani tugasan - kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; - betugas- (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; Jadi jika melihat daripada makna yang diberikan jadual bertugas lebih baik. | Makna | 09.03.2010 |