I Jawatan pengurus yang disandang oleh Encik Kamal dalam syarikat itu sekadar panas kerusi sahaja kerana dia tidak berusaha untuk memajukannya. II Bayi itu menangis semalam-malaman kerana menghidap deman panas. III Dalam usaha melariskan jualannya, pihak akhar akan menyiarkan berita-berita panas pada muka hadapan. IV Sikap panas baran perlu dielakkan oleh setiap orang bagi mengelakkan pertelingkahan. Soalan saya ialah mengapakah perkataan panas tidak tepat dalam ayat I? Jika salah, apakah kesalahannya? terima kasih | Dalam ayat I, penggunaan kata panas tidak betul atau tidak gramatis kerana kata tersebut seharusnya menerima imbuhan meN menjadi memanaskan kerusi bukan panas kerusi. | Tatabahasa | 14.06.2008 |
Assalamualikum, Di sini saya ingin meminta bantuan dari segi nasihat daripada pihak DPB. Saya ada anak berumur 17 tahun. Namanya Nur Ain. Anak saya ini amat berminat di dalam penulis Novel tetapi dalam bahasa Inggeris. Baru-baru ini ain telah menulis sebuah novel bahasa Inggeris bertajuk The Black Ros (Fantasy). Saya pernah cuba untuk bantuan mencari penerit tapi tidak berjaya kerana novel dalam bahasa inggeris memerlukan seorg mengedit buku tersebut. Hal ini agak mengecewakan ain. Namun ain tetap juga menulis walaupun tidak ada sokongan dari luar SEhubungan dengan itu, saya memohon jasa baik tuan agar dapat membantu saya dalam hal ini. Bagi saya bakat yang dengan ain tidak harus disia-siakan. Saya mohon sangat-sangat nasihat dan buah fikir tuan dalam perkara ini dan berharap sangat mendengar daripada tuan. sekian, terima kasih. | Syabas Nur Ain kerana menghasilkan novel pada usia 17 tahun. Idaman penulis kreatif ialah melihat karyanya diterbitkan. Bagi pihak penerbit pula mahu karya yang berpotensi membawa pulangan yang lumayan apabila berada di pasaran. Setiap manuskrip novel memang perlu dinilai dan diedit sebelum diterbitkan, tidak kira novel Melayu atau Inggeris, karya penulis baru atau sasterawan negara! Carilah penerbit yang mahu menerbitkan novel Inggeris dan ada editornya. Usaha "pernah cuba" tidak mencukupi tetapi berusahalah dengan gigih untuk mencapai impian. Pelbagai usaha boleh dilakukan. Penerbit swasta banyak, mungkin ada yang mahu. Berkenalanlah dengan sasterawan yang hebat dan berguru dengannya. Novel The Black Rose tersebut boleh dijadikan bahan awal untuk "berguru". Dalam dunia penulisan kreatif, ada situasi penulis muda yang semakin harum namanya memaklumkan "Saya anak didik sasterawan ...". Nur Ain juga boleh menerbitkan sendiri novel tersebut. Jika mampu, carilah penilai, editor karya kreatif, pereka bentuk dan pencetak. Kosnya tanggungan sendiri (ibu bapa) berdasarkan perundingan. Setelah terbit pasarkan sendiri melalui pelbagai cara; misalnya melalui kawan-kawan dan laman urus niaga dalam talian. Dapatkan maklum balas daripada pembaca. Sekiranya bagus, jadikan itu sebagai gimik untuk melariskan jualan. Untuk jaminan harta intelek/hak cipta karya dengan cara paling murah, masukkan draf asal karya dan manuskrip ke dalam sampul surat dan hantarkannya kepada diri Nur Ain sendiri melalui pos berdaftar. Simpan bungkusan/sampul berdaftar tersebut dan jangan sekali-kali dibuka sehinggalah ada isu penciplakan karya. Nur Ain juga boleh menyertai komuniti penulis muda melalui laman eSastera.com. Untuk makluman puan dan Nur Ain, fungsi utama DBP ialah mengembangkan bahasa kebangsaan melalui aktiviti bahasa, sastera dan penerbitan. Harap maklum. | Sastera | 02.05.2011 |