Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.laung.kan] | ملاءوڠکن

Definisi : 1. meneriakkan, memanggil­kan: ketika itu Wan Dah ~ supaya jangan dikejar perahu yg lari itu; 2. = melaung-laungkan menganjurkan (mengucapkan dsb) sehingga atau dgn cara diketahui umum, menyerukan: beliaulah yg selalu ~ penggunaan tong sampah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.laung.kan] | ملاءوڠکن

Definisi : meneriakkan sesuatu dgn suara yg nyaring; menyerukan: Beramai-ramai mereka ~ “Hidup Malaysia”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaungkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Xiuhao Lim Aug 18th, 2:33pm Hi bolehkah saya tanya hari kemerdekaan adalah nama khas atau nama am? Hari kemerdekaan patut tulis dlm huruf besar atau huruf kecil utk perkataan yg pertama. Begitulah dgn "merdeka" sebab sy nampak dlm buku teks anak sy darjah 1. Merdeka dituliskan dlm huruf besar utk perkataan yg pertama. contoh: Murid-murid melaungkan "Merdeka! Merdeka!" Terima kasihHari Kemerdekaan ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar.Ejaan18.08.2014
Apakah contoh trivia?saya kurang faham kerana trivia berkenaan info kurang penting

Trivia membawa maksud - pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz.

Antara contoh trivia:

1.    Berapa kali Tunku Abdul Rahman melaungkan “merdeka” semasa “sambutan kemerdekaan” di Kuala Lumpur?

2.    Apakah warna Proton Saga yang telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir pada tahun 1987?

3.    Apakah model kereta yang dinaiki oleh John F. Kennedy semasa beliau ditembak? 

Mohon rujuk pada PRPM atau klik FAQ melalui laman web KNDBP untuk koleksi soalan KNB yang terdahulu terutamanya soalan yang sama atau mengenai topik yang sama sebagai panduan.

Lain-lain10.08.2022
apakah contoh trivia? saya kurang faham kerana trivia berkenaan info kurang penting.

Trivia membawa maksud - pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz.

 Antara contoh trivia:

  1.  Berapa kali Tunku Abdul Rahman melaungkan “merdeka” semasa “sambutan kemerdekaan” di Kuala Lumpur?
  2. Apakah warna Proton Saga yang telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir pada tahun 1987?
  3. Apakah model kereta yang dinaiki oleh John F. Kennedy semasa beliau ditembak?

Lain-lain26.07.2022

Kembali ke atas