Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.wa.ti] | ملاوتي

Definisi : datang melihat, mengunjungi, men­ziarahi (jenazah, orang sakit): ~ orang mati; maka terdengarlah kpd orang kuala bunyi bedil spt bertih, maka segera dilawatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.wa.ti] | ملاوتي

Definisi : menara tinjau utk tujuan pertahanan kota atau negeri, yg terletak di tempat tinggi, biasanya di atas bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.wa.ti] | ملاوتي

Definisi : pergi utk melihat-lihat (sesuatu tempat dll); mendatangi; mengunjungi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melawati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Malam. Saya terdapat satu pertayaan, antara 'melawati muzium' dan 'melawat muzium' mana satu adalah betul? Terima kasihYang betulnya ialah melawati muzium.Tatabahasa08.08.2010
Assalamualaiku Wbrt. Tuan Sukacita pihak tuan dapat menyatakan sama ada ayat d bawah betul atau salah. Sekiranya terdapat kesalahan, harap pihak tuan dapat memberi penjelasan. 1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. 2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Terima kasih. Daripada; Izani b. Hj. Daud1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. Perkataan kebanjiran bermaksud dipenuhi oleh manusia tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.
2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Ayat ini betul.
Tatabahasa18.09.2012
Adakah ayat ini betul ? : "Di hari raya ini kami melawat datuk kami.

Encik Shafiq,

Ayat yang betul ialah  Pada hari raya ini kami melawati/mengunjungi datuk kami. 

Tatabahasa11.10.2010
adakah 'hari sukan' kata nama khas?

"hari sukan" - kata nama am, bukan kata nama khas kecuali merujuk acara tertentu seperti Hari Sukan Sekolah Menengah Taman Melawati.

Tatabahasa15.04.2009
adakah ayat-ayat di bawah ini betul?jika salah, tolong betulkan, terima kasih. 1)Para tetamu yang hadir dijemput masuk ke dalam dewan. 2)Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya. 3)Saya tidak dapat menamatkan semua soalan. 4)Datuk saya melawati adiknya. 5)Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar-segar. 6)Mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.1. Ayat (1), (2), (3) dan (4) betul.
2. Ayat (5): Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kelima dibetulkan menjadi "Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar belaka".
3. Ayat (6): Mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Tatabahasa15.08.2013

Kembali ke atas