Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yu.kan] | ملايوکن

Definisi : menyebabkan jadi layu (melayur­kan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yu.kan] | ملايوکن

Definisi : menyebabkan layu: Cahaya matahari yg terik dpt ~ tanam-tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melayukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapakan istilah bahasa inggeris yang di melayukan mengunakan '-si' di akhiran perkataan..dan bukannya '-kan', '-se' atau sebagainya. contoh: tranformation=trafomasi modification=modifikasi aplication=aplikasi *terdapat pelbagai contoh perkataan lain juga yang diakhiri dengan '-si' saya mengalami kekeliruan terhadap persoalan nih.. harap Tuan/Puan dapat membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini..terima kasih atas bantuan..Untuk makluman, dalam tatacara pembentukan istilah terdapat satu kaedah, iaitu penyerapan yang bermaksud mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Proses penyesuaian istilah asing mengutamakan bentuk visual, yakni bentuk ejaannya, supaya sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Akhiran asing -tion boleh dipadankan menjadi -si atau -syen. Contohnya, tradition (tradisi), variation (variasi), convention (konvensyen) dan convocation (konvokesyen). Akhiran -kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja, contohnya belikan dan padamkan. Tidak ada akhiran -se dalam bahasa Melayu.Istilah14.02.2012
adakah perkataan enviroment dalam bahasa inggeris telah di melayukan kepada inveromen?Perkataan 'environment' dalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai alam sekitar. Perkataan inveronmen tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Istilah09.04.2008
Saya ingin dapatkan penjelasan perkataan 1) Trend - Adakah ia telah di Melayukan? - Atau menggunakan perkataan 'aliran' bertepatan maksunya dengan perkataan tersebut. 2) Data Entry - Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu seperti: a) Interviewwer = Penemubual b) Supervisor = Penyelia Harap mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi 'trend' ialah arah aliran atau trend. Data entry- kemasukan data; Interviewer- penemu duga; Supervisor- penyelia Istilah25.04.2008
adakah perkataan EPITOME dan PARAGON dalam bahasa melayu. atau adakah kedua bahasa ini boleh di melayukanPerkataan EPITOME ada terdapat dalam bahasa Melayu tetapi tidak bagi perkataan PARAGON Berikut adalah makna epitome menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4:

epitome

  • (épitomé) orang atau benda yg merupakan contoh atau teladan yg unggul sesuatu sama ada dr segi kualiti, kelas dsb.
Lain-lain13.11.2008
assalamualaikum w.b.t... tuan, saya ingin bertanya. saya ingin membuat tema, iaitu "Survival Pencetus Transformasi".persoalan saya di sini, adakah perkataan Survival itu boleh di gunakan, saya di fahamkan perkataan ini telah di melayukan dan boleh di gunakan, adakah ianya benar? dan apakah perkataan sesuai untuk di gantikan dengan Survival?..terima kasih tuan.

Walalaikummussalam w.b.t,

Istilah survival diterima dalam bidang perubatan seperti cumulative survival probability diterjemahkan kepada kebarangkalian survival kumulatif. Walau bagaimanpun dalam konteks umum dan bidang-bidang lain perkataan survival diterjemahkan mengikut konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari survival">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=survival.

Survival Pencetus Transformasi boleh digunakan untuk tujuan tema seperti yang tuan maksudkan.

Makna03.01.2013

Kembali ke atas