| Apakah istilah yang tepat bagi perkataan 'exit survey'? | Dalam data kami terdapat perkataan exit interview yang padanan istilah bahasa Melayunya ialah temu duga keluar. Oleh itu, bagi perkataan exit survey, kami mencadangkan tinjauan keluar sebagai padanan istilah bahasa Melayunya. | Istilah | 06.12.2019 |
| Park and ride ; dalam bahasa Melayunya apa ? Di Putrajaya digunakan perkataan Park and Ride, macam tak ada perkataan bahasa Melayu | Saudara Abm, Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ada memberikan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut kepada pihak Perbadanan Putrajaya. Walau bagaimanapun, cadangan padanan tersebut masih dalam pertimbangan pihak berkenaan. Harap maklum. Terima kasih. | Istilah | 27.06.2009 |
| apakah istilah yg tepat bagi 'governance'? | Padanan bahasa Melayunya ialah tadbir urus. | Istilah | 29.01.2008 |
| Apakah istilah Bahasa melayu bagi "Review Committee" ? | Istilah bahasa Melayunya ialah Jawatankuasa Kajian Semula. | Istilah | 06.05.2009 |
| factory outlet dalam BM adakah kilang kedai ? | Padanan bahasa Melayunya ialah kedai barangan terus dari kilang. | Istilah | 04.03.2009 |
| ALIH BAHASA KEPADA BAHASA MELAYU: DELAYED EFFECT | Padanan bahasa Melayunya ialah kesan lambat. | Istilah | 14.06.2008 |
| ejaan dari perkataan english "caveat" dalam bahasa Malaysia adalah? | Ejaan bahasa Melayunya ialah kaveat. | Ejaan | 28.01.2009 |
| Salam sejahtera. Adakah kata "app" telah diguna pakai dalam bahasa Melayu? Sedangkan kata Melayunya ialah "aplikasi". | Istilah "apps" perlu diubah menjadi "aplikasi". Namun, sekiranya istilah "apps" tersebut dipadankan dengan perkataan lain yang merujuk kepada aplikasi alat telekomunikasi mudah alih, istilah "apps" tersebut boleh dikekalkan terutamanya jika istilah tersebut telah didaftarkan. | Lain-lain | 22.04.2022 |
| Lurrun Aidan Perkataan inggeris dimelayukan. Dalam kamus pun sama. Mana usaha memartabatkan Bahasa Melayunya? Contohnya: "miting" (meeting?) Mesyuarat tu binatang apa pulak? Tolonglah berhenti memelayukan Bahasa Inggeris bila perkataan2 itu wujud dalam bahasa Melayu! Mohd Irfan DBP dah sampai traikh luput. Kena ada pihak ketiga yang tak dipengaruhi politik yang perjuangkan bahasa Melayu. Apa sampah, bahasa Melayu pun dipanggil bahasa Malaysia. Sampai kiamat pun, terjemahan untuk Malay Language - Bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia Jalal Johar Sudah lebih dari 50 tahun sejak merdeka, dimanakah stutus Bahasa Melayu. Utusan Melayu pun sudah pupus. Apis Ayu Ibarat melukut di tepi gantang.. bahasa melayu di pinggirkan.. | Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan. | Lain-lain | 23.06.2015 |
| Tolong terjemahkan ayat berikut ke bahasa malaysia; ``standard operting procedures" | Padanan bahasa Melayunya ialah prosedur kendalian standard. | Istilah | 01.08.2008 |