Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yur] | ملايور

Definisi : 1. mendiang di api, memanggang, menyalai, mengganggang: sebelum dijangat, mengkuang itu hendaklah dilayur dahulu; 2. terlalu panas atau hangat: maka terbitlah matahari ~ panasnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yur] | ملايور

Definisi : 1 mendiang di atas api (supaya kering, layu dll); memanggang: Dia ~ daun mengkuang itu sebelum menjangatnya. 2 menyebabkan menjadi terlalu panas; membahangkan haba pd (ttg matahari): Pd musim panas yg lalu, rumput-rumput habis mati dilayur panas matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melayur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. jawapan melayur/memasak/membakar/memanggang...jawapan yang manakah sesuai??? 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang...(penggunaan kacau betul atau salah dalam ayat tersebut? 3))Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus.
melayur-  lebih sesuai

2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang.
bersepah/berselerak -lebih sesuai
Tatabahasa03.09.2012
Maaf, saya ingin bertanya. Nenek Salwa melayur sayur mengkuang itu dengan bara api dengan berhati-hati. Adakah betul penggunaan dengan tersebut? Bolehkah kita menggunakan "dengan" di dalam ayat sebanyak dua kali? Mohon penjelasan pihak DBP.Ayat tersebut betul dan perkataan dengan boleh digunakan sebanyak dua kali dalam satu ayat.Tatabahasa30.07.2020
Selamat sejahtera. Maaf, saya bertanya mengenai penggunaan perkataan dengan di dalam satu ayat. Adakah dibolehkan menggunakan perkataan dengan sebanyak dua kali di dalam satu ayat? Contoh: Nek Salwa melayur daun mengkuang dengan bara api dengan berhati-hati. Mohon pencerahan pihak DBP.Ayat tersebut betul dan perkataan dengan boleh digunakan sebanyak dua kali dalam satu ayat.Tatabahasa29.07.2020
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah? -Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin. A. terpontang-panting B. melambai-lambai 2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah?1) Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin.
 
B. melambai-lambai


2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah?

Jawapan yang tepat ialah melayur.
Tatabahasa09.09.2013

Kembali ke atas