adakah wujud perkataan 'perlengkap'? apakah maksudnya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah pelengkap yang bermaksud 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg melengkapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~. | Istilah | 06.04.2010 |
Pak Hasan berkebun sayur-sayuran di kebun sayur. Adakah ayat ini tepat? | Ayat yang tepat dan gramatis ialah Pak Hasan berkebun di kebun sayur-sayuran. Frasa keterangan di kebun sayur-sayuran sudah cukup untuk melengkapi frasa kerja berkebun. 1"> | Tatabahasa | 22.03.2018 |
Salam sejahtera... Saya berasa hairan dan musykil tentang beberapa perkara. Lain yang tertera dalam Kamus Dewan, lain pula yang tertera dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Yang berikut ialah senarai jawapan yang saya terima daripada pihak DBP 1) Memperakui = mengesahkan 2) Memperakukan = menyetujui serta menyokong 3) Memperhamba = memperlakukan sebagai hamba 4) Memperhambakan = menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sebagai hamba kepada 5) Menghambakan (diri) = menjadikan hamba 6) Menghambai = mengabdi (kepada) 7) Mempersenjatai = melengkapi dengan senjata 8) Mempersenjatakan = tidak wujud, perkataan yang betul ialah bersenjatakan 9) Menghujani = 1. mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru dan lain-lain) dan 2. mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak 10) Menghujankan = 1. menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan dan 2. (maksud kiasan) menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak 11) Segala sama maksudnya dengan semua, sekelian, seluruh dan segenap. Namun sekiranya merujuk kepada Tatabahasa Dewan 1) perkataan memperakui dianggap sebagai salah 2) memperakukan ialah certify = mengesahkan mana satu yang betul? Adakah maksud memperkawani ialah berkawan dengan? Adakah istilah memperkawankan wujud? manakah yang harus saya ikuti? Kamus Dewan ataupun Tatabahasa Dewan? | Pertanyaan saudara akan kami rujuk kepada panel buku Tatabahasa Dewan. Cadangan kami dalam hal pengajaran, silalah merujuk Tatabahasa Dewan dan Kamus Pelajar kerana Kamus Dewan ialah kamus umum yang merakamkan segala bentuk kata yang terdapat dalam kalangan masyarakat. Kamus Dewan penting untuk mengetahui makna kata yang terakam. Jawapan pertanyaan saudara akan di-e-melkan kepada tuan dengan kadar segera. | Tatabahasa | 04.10.2012 |
Salam sejahtera.. Sekiranya merujuk kepada kamus, memang jelas bahawa perkataan-perkataan ini wujud dan mempunyai maksud yang tersendiri. Namun malangnya, apabila latihan tatabahasa dikemukakan. lain pula jawapan yang diterima: 1) memperakui - tidak wujud? 2) memperakukan - mengesahkah / certify 3) memperhamba - menjadikan seseorang sebagai hamba 4) memperhambakan - mengabdikan diri sebagai hamba 5) menghambakan (diri) - mengabdikan diri sebagai hamba 6) menghambai (??) - "tidak wujud"?? 7) mempersenjatai - memberikan/membekalkan senjata kepada 8) mempersenjatakan - tidak wujud 9) menghujani - mencurahkan/"bertanya" dengan banyak 10) menghujankan - melepaskan sesuatu Saya dimaklumkan bahawa perkataan "segala" adalah salah manakala perkataan "segala-galanya" adalah betul. Namun bukankah: 1) segala - semua 2) segala-galanya = semua-muanya (????) | 1) Memperakui = mengesahkan 2) Memperakukan = menyetujui serta menyokong 3) Memperhamba = memperlakukan sebagai hamba 4) Memperhambakan = menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sebagai hamba kepada 5) Menghambakan (diri) = menjadikan hamba 6) Menghambai = mengabdi (kepada) 7) Mempersenjatai = melengkapi dengan senjata 8) Mempersenjatakan = tidak wujud, perkataan yang betul ialah bersenjatakan 9) Menghujani = 1. mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru dan lain-lain) dan 2. mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak 10) Menghujankan = 1. menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan dan 2. (maksud kiasan) menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak 11) Segala sama maksudnya dengan semua, sekelian, seluruh dan segenap. | Tatabahasa | 28.09.2012 |
Tuan, ada sedikit pertanyaan mengenai apitan meN-...-i. Mengapakah kita menggunakan perkataan "mencukupi" untuk membawa maksud cukup, tidak kurang, sedangkan kita ada perkataan "cukup"? Dalam hal ini dilihat bahawa "mencukupi" dapat berfungsi sebagai kata adjektif, dan maksud "mencukupi" disamakan dengan maksud perkataan "cukup". Adakah "mencukupi" itu kata adjektif atau kata kerja transitif? Saya difahamkan bahawa apitan meN-...-i ialah pembentuk kata kerja transitif, tetapi "mencukupi" selalu digunakan tanpa ikutan objek. Adakah apitan meN-...-i dapat membentuk kata adjektif seperti "mencukupi"? Saya juga tidak pasti bahawa adakah "cukup" dan "mencukupi" sama maksud atau ada sedikit perbezaan makna? Minta tuan terangkan pertanyaan ini. | · Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu, cukup mempunyai makna seperti yang berikut: · 1. (bilangan) kata tugas:banyak, sampai jumlahnya · 2. (usia) kata tugas: genap, sampai, sangkap, betul-betul · 3. Sempurna adjektif: lengkap, kafi, jap · 4. Sangat kata tugas: terlalu, amat, sungguh · 5. Lumayan kata tugas: sederhana, sedang · · Kata mencukupi kata kerja bermaksud memadai, melengkapi, mengenapi, sedang-menyedang: · Antonim mencukupi ialah berlebihan; berkurangan. · Sila kemukakan ayat sekiranya masih tidak memahami makna perkataan cukup dan mencukupi. | Tatabahasa | 22.11.2014 |