1. Mohon maklum balas DBP bagi ayat yang betul sama ada a. Melestarikan Pembangunan Mapan atau b. Melestarikan Pembangunan Mampan 2. Apakah maksud ayat tersebut? Terima kasih. | Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Manakala maksud melestarikan ialah: | membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb). | Oleh itu ayat yang lebih tepat ialah ayat 2., iaitu Melestarikan Pembangunan Mampan. Ayat ini bermaksud "mengekalkan pembangunan yang boleh berkembangan dan mencapai prestasi yang baik. | Lain-lain | 20.10.2014 |
Apakah maksud Pembangunan Mampan Melestarikan Alam Sekitar?..dan bagaimanakah cara2 melestarikan alam sekitar? | Pembangunan mampan pernah ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, pembangunan bersepadu dan menggunakan sumber dengan cekap dapat mengekalkan alam sekitar yang bersih dan selamat untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelestarian alam sekitar termasuklah cara-cara melestarikan alam sekitar sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Makna | 18.03.2009 |
Apakah maksud 'melestarikan amalan perubahan' di bawah tajuk Pengurusan Perubahan(Change Management)? | maksud bagi "melestarikan amalan perubahan" dalam konteks bahasa ialah menjadikan budaya berubah sebagai amalan yang berterusan. Harap maklum. | Makna | 17.09.2007 |
Apakah maksud dan huraian beserta contoh bagi ayat: Melestarikan penyelidikan dengan memberi fokus kepada ... | Melestarikan bermaksud menetapkan dan mengekalkan/memelihara sesuatu supaya kekal. Ayat tersebut bermaksud Mengekalkan penyelidikan dengan memberi focus kepada .... | Makna | 08.10.2018 |
Bolehkah saya menggunakan ayat "melestari legasi" tanpa meletakkan imbuhan kan seperti "melestarikan legasi". Terima Kasih | Kata terbitan yang betul ialah melestarikan. | Tatabahasa | 28.07.2015 |
Sekolah saya berhasrat menggunakan tageline seperti yang berikut: "Melestarikan Transformasi untuk Pelajar". Akronimnya ialah "MeleTuP". Mohon komen pihak DBP sama ada tepat penggunaan bahasa dan ejaannya atau terdapat kesalahan yang perlu diperbaiki? | Slogan terebut perlu dibuat pindaan. Perkataan melestarikan bermaksud mengekalkan dan digunakan dalam konteks alam sekitar. Transformasi bermaksud perubahan. Penggunaan akronim tidak dibenarkan dalam slogan kecuali telah didaftarkan. Cadangan kami slogan tersebut dipinda kepada "Menggalakkan Transformasi dalam Kalangan Pelajar" atau perkataan lain yang betul aspek bahasa dan maknanya. | Tatabahasa | 27.10.2018 |
Apakah yang dimaksudkan dengan " Sejauh manakah peranan Baitulmal dalam Melestarikan Perancangan Kewangan Islam? " Terima kasih | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 26.03.2013 |
sila sahkan terjemahan berikut : Enhancing Quality to Sustain Growth = Meningkatkan Kualiti demi Melestarikan Pertumbuhan Terima kasih | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.09.2016 |
salam, saya nak tanya pendapat cik/puan/tuan mengenai kempen budi bahasa dalam melestarikan budaya timur. Apakah pendapat cik /puan berdasarkan penyataan tu, adakah adakah budi bahasa tu boleh mengekalkan budaya timur? terima kasih. | Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk menjawab pertanyaan tersebut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka. | Lain-lain | 03.03.2009 |
apa itu pembangunan lestari? | lestari-tetap spt sediakala (ttg keadaan sesuatu); tidak berubah. melestarikan membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb). pembangunan lestari=pembangunan tidak berubah... | Tatabahasa | 25.07.2012 |