Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.ta/] | ملتق

Definisi : Mn menghantar, menaruh, mem­beri, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.ta/] | ملتق

Definisi : menghantar atau menaruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meletak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MELETAK JAWATAN ATAU MELETAKKAN JAWATANMELETAKKAN JAWATANLain-lain04.03.2011
Apakah perbezaan antara meletak dan melatakkan?Perkataan meletak kebiasaannya perlu disusuli dengan perkataan lain selepasnya menjadi satu frasa, ungkapan, simpulan bahasa, kiasan atau ada makna khusus contohnnya seperti meletak tanda yang bermaksud memberi tanda seperti cincin kepada pihak pengantin perempuan. Contoh lain ialah meletak beras yang bermaksud menjerang nasi.
Meletakkan pula merupakan kata kerja transitif yang perlu ada objek selepasnya. Contoh ayat ialah Ah Lee meletakkan basikalnya di hadapan rumah.



Lain-lain16.10.2021
Mengapakah “dilarang meletak kenderaan” betul dan “dilarang meletakkan kenderaan” salah? Bolehkah nyatakn sebab?Kedua-dua ayat tersebut betul, tetapi ayat "Dilarang meletakkan kenderaan..." perlu dilengkapkan dengan unsur penerang (Buku Tatabahasa Dewan, ms. 394).

Contohnya: Dilarang meletakkan kenderaan di petak ini. 
Tatabahasa05.06.2023
tempat meletak kereta / tempat letak kereta?Tempat meletak kereta atau tempat letak kereta, kedua-duanya betul tetapi lazimnya untuk penamaan 'Tempat Letak Kereta' yang digunakan.Tatabahasa15.12.2010
Apakah perbezaan di antara "perletakan" dengan"peletakan"?Ejaan yang betul ialah peletakan. Lazimnya apabila ada kata kerja dengan awalan me- seperti meletak, maka wujudlah kata peletakan, iaitu perihal meletak.Tatabahasa03.05.2013
MOHON UNTUK SEMAK PERKATAAN INI PARKIR ATAU PAKIR ATAU PARKING = TEMPAT LETAK KENDERAAN

Parkir ialah bahasa Indonesia yang bermaksud meletak kenderaan. Oleh itu dalam bahasa Melayu "parking" ialah tempat meletak kenderaan.

Makna12.08.2009
Mohon semakan penggunaan ayat dipapan tanda... Petak rezab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun jika meletak dipetak rezab ini.Petak rizab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun akan dikenakan jika meletak kenderaan di petak ini.Tatabahasa01.12.2016
nilai bekerjasama atau nilai kerjasama, mana satu yang betul? tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? nilai kerajinan atau nilai rajin? sifat kerajinan atau sifat rajin? nilai bertolak ansur atau nilai tolak ansur?

Yang betul ialah nilai bekerjasama, tempat meletak kereta, nilai kerajinan, dan nilai bertolak ansur. Bagi sifat pula yang betul ialah sifat rajin.

Tatabahasa14.04.2010
saya di faham kan untuk meletak sign board di depan pintu pejabat saya perlu kelulusan DBP. macam mana say nak buat untuk mendapat kelulusan tersebut? sign board hanya ada logo & nama syarikatUntuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.


Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Sila muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.


Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 


Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.


Lain-lain11.12.2024
salam 1 Malaysia, Adakah perlu meletak tanda koma selepas ayat/perkataan berikut; 1. manakala, dalam bidang pertanian..... 2. ini bermakna bahawa, masyarakat asli lebih kreatif berbanding 3. sementara, orang yang tidak berpendidikan akan sentiasa ditindas oleh golongan elit 5. kesimpulannya, masyarakat perlu berubah. 6. ini menunjukkan bahawa, tidak terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuanPenggunaan koma dalam ayat yang diberi tidak diperlukan kecuali dalam ayat 5. Penggunaan koma ini biasanya digunakan untuk tujuan jeda (dalam teks pengacara). Dalam penulisan rasmi penggunaan koma ini tidak diperlukan.Lain-lain26.08.2015
12345

Kembali ke atas