Tuan untuk ayat berikut, perkataan yang mana paling tepat? Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan ............... sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat. A dia B diri C dirinya | Jawapan yang betul ialah A dia (Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan dia sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat.) | Tatabahasa | 07.06.2012 |
Saya mahu salinan MC untuk meletakkannya ke dalam fail.Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah: Saya mahu salinan sijil sakit untuk simpanan di dalam fail. | Tatabahasa | 09.05.2023 |
Apakah penjodoh bilangan untuk kepah, siput, remis? | Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang, kepah, siput dan sebagainya. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti sepinggan kerang, semangkuk kerang, atau sekilo kerang. | Tatabahasa | 28.08.2012 |
Apakah penjodoh bilangan bagi satu kerang? Seekor kerang? Sebiji kerang? Sebuah kerang? Sebutir kerang? | Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti semangkuk kerang atau sekilo kerang. | Tatabahasa | 05.07.2009 |
Perbezaan gril, panggang dan bakar untuk memasak | Assalamualaikum, Perbezaan makna perkataan gril, panggang, dan bakar untuk memasak: 1. gril (makna ke-4 lihat menggril) Makna menggril - memanggang (ikan, daging dan sebagainya) di atas gril Contoh ayat - Sebaiknya makanlah makanan yang direbus, digril atau dikukus. 2. panggang (makna ke-2 lihat memanggang) Makna merebus - memasak (makanan seperti daging, ikan atau pulut) dengan meletakkannya di atas bara, di dalam ketuhar dan sebagainya Contoh ayat - Dia memanggang daging yang dipotong itu di dalam ketuhar. - Ikan yang dipanggang tadi perlu dibalik-balikkan supaya masak dengan sekata. 3. bakar (makna ke-2 lihat membakar) Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya. - Kek dibakar dalam ketuhar pada suhu 180°C. Terima kasih. | Makna | 02.11.2024 |
Apakah penjodoh bilangan bagi satu kerang, kepah dan siput sedut ? (Biji, ketul atau ekor) Adakah SEMUA haiwan penjodoh bilangannya 'ekor'? | Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang, kepah, siput dan sebagainya. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti sepinggan kerang, semangkuk kerang, atau sekilo kerang. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
apakah beza mendokong dan menyokong | Untuk rujukan pantas, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my/ Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020), tiada kata terbitan mendokong dalam bahasa Melayu. Dokong ialah 1 pokok sederhana tinggi yang ditanam untuk menghasilkan buah yang boleh dimakan; Lansium domesticum; 2 buah pokok ini yang agak kecil seperti duku langsat, tetapi kulitnya lebih tebal, rasanya lebih manis, dan kebanyakannya tiada berbiji. Kata mendukung pula bermaksud: 1 membawa atau memegang (bayi, anak, kucing dll) dgn cara meletakkannya pada bahagian atas badan sambil mengampunya dgn tangan. 2 mengikut dan mengamalkan (falsafah, teori dsb) untuk dijadikan pegangan. 3 memberikan sokongan terhadap (sesuatu dasar, pertubuhan dll) dengan menyumbangkan segala usaha dan tenaga untuk melaksanakan atau menjayakan sesuatu yang dijalankan. 4 kiasan memikul tanggungjawab dan berusaha gigih untuk menjadikan (cabaran, cita-cita dsb) sebagai satu kenyataan demi memenuhi hasrat sendiri atau sesuatu pihak. 5 memainkan atau melakonkan (cerita, peranan dsb) dalam filem, drama, teater dsb. 6 mengandungi (maksud, konsep, pengertian dsb) yang disampaikan melalui penggunaan kata, iklan, mesej dsb. Kata menyokong bermaksud: 1 menahan atau menyangga (pokok, binaan dll) supaya tidak rebah, tidak patah dsb. 2 memberikan semangat atau dorongan melalui kata-kata atau perbuatan kepada (seseorang) supaya melakukan sesuatu. 3 menyetujui terhadap(tindakan, pendapat dll). Kata mendukung merupakan kata terbitan daripada kata dukung, manakala menyokong merupakan kata terbitan daripada kata sokong. Anda boleh memperoleh contoh penggunaan bagi kata tersebut dalam KDP. | Makna | 24.08.2023 |
Perbezaan makna kukus, rebus, bakar dan goreng. | Assalamualaikum, Merujuk kepada soalan puan, perbezaan makna perkataan kukus, rebus, bakar dan goreng dijawab berdasarkan penggunaan kata dalam bidang masakan: 1. kukus (makna ke-4 lihat mengukus) Makna mengukus - memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih Contoh ayat - Memasak dengan cara mengukus dapat mengekalkan rasa dan zat bahan yang digunakan dalam sesuatu makanan. 2. rebus (makna ke-2 lihat merebus) Makna merebus - memasak (sesuatu) dalam air yang mendidih supaya masak, empuk dan sebagainya Contoh ayat - Nenek merebus jagung yang sudah dibuang kulitnya. 3. bakar (makna ke-2 lihat membakar) Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya. 4. goreng (makna ke-3 lihat menggoreng) Makna menggoreng - memasak (telur, ikan, ayam dan sebagainya) dengan memasukkannya ke dalam kuali atau periuk yang mengandungi minyak Contoh ayat - Kak Halimah menggoreng pisang nangka. Puan disarankan merujuk Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kata. Terima kasih. | Makna | 02.11.2024 |