Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.bat] | مليبت

Definisi : membungkus, melipat, mem­bebat, membelit; pelibatan, (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.bat] | مليبت

Definisi : membelit atau membungkus (dgn sesuatu); membebat: Ular ~ di dahan kayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
libat
Kata Terbitan : melibat, melibatkan, terlibat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Amir terlalu asyik melibat wau yang sedang ..... di udara. jawapan ialah terlayang-layang atau terolang-aling atau?Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang terlayang-layang di udara.Tatabahasa08.07.2013
Cara penggunaan akronim yang betul bagi yang melibat tahun. Contohnya, Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) atau (TMM 2020)? Dekat atau dijarakkan?Penggunaan akronim yang melibatkan abjad dan angka dijarakkan. Walau bagaimanapun, merujuk laman web Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, bentuk yang digunakan ialah TMM2020.Lain-lain06.01.2020
makna punitifBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna punitif ialah berkenaan perbuatan mengenakan (melibat­kan) hukuman: negara kecil sanggup mengambil tindakan penentangan yg ~.Istilah18.05.2010
Rujuk kepada tajuk berikut: "Program projek anak angkat dan kempen penanaman pokok". Untuk makluman, sebenarnya program ini berkaitan dengan hal landskap fizikal sahaja, maka apakah betul atau salah penggunaan istilah "projek anak angkat" itu atau istilah tepatnya sekadar "projek angkat" digunakan? Apakah ini pendekatan ini boleh diambil dalam semua hal yang tidak melibat anak (manusia)?. Sila nasihat dan terima kasih. Wassalam.Nama yang sesuai ialah 'Projek Angkat dan Kempen Penanaman Pokok'. Dalam hal ini hanya konsep anak angkat digunakan dalam menamai projek tersebut  dan tidak melibatkan pengambilan anak(manusia).  Tatabahasa22.04.2009
Tuan, apakah perbezaannya jika kita meletakkan akhiran -kan di belakang meN... dan TIDAK meletakkan akhiran -kan di belakang meN...? Sebagai contoh: 1. (a)menggunakan (b) mengguna 2. (a) menyaksikan (b) menyaksi 3. (a) memastikan (b) memasti 4. (a) menerbitkan (b) menerbit 5. (a) memberitahu (b) memberitahukan 6. (a) membersih (b) membersihkan 7. (a) melibat (b) melibatkan 8. (a) mengagih (b) mengagihkan 9. (a) mengekal (b) mengekalkan 10. (a) merekod (b) merekodkan 11. (a) memuliakan (b) memuliaUntuk makluman, terdapat kata dasar yang boleh menerima awalan meN- dan boleh juga menerima apitan meN-...-kan. Contohnya:
1. membaca, membacakan 2. membeli, membelikan 3. membesar, membesarkan 4.mengalir, mengalirkan 5. memberitahu, memberitahukan 6. memberi, memberikan
Terdapat juga kata dasar yang hanya dapat menerima apitan meN...-kan dan tidak dapat menerima awalan meN- . Contohnya: menggunakan, menyaksikan, memastikan, membersihkan, melibatkan, mengekalkan, memuliakan
Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 190 - 197.
Tatabahasa29.04.2014
Saya ingin memastikan sama ada penggunaan perkataan PELIBATAN IBU BAPA @ PENGLIBATAN IBU BAPA yang betul dan digunapakai untuk kajian ilmiah? Saya ingin kepastian bagi tujuan penulisan tajuk tesis saya, melalui pembacaan saya di dalam buku PPMP 2013-2025, mereka menggunakan perkataan PELIBATAN IBU BAPA tetapi sebaliknya kebanyakan penulisan menggunakan perkataan PENGLIBATAN IBU BAPA. Boleh berikan cadangan kepada saya supaya penambahbaikan dapat dilakukan segera. Terima Kasih.Pembentukan kata yang betul ialah pelibatan. Daripada kata libat - melibat - pelibatan. Maka penggunaan kata yang paling tepat ialah "Pelibatan Ibu Bapa". Walaupun begitu kata penglibatan bukanlah salah, malah banyak digunakan dalam wacana dan ditemukan dalam data korpus.Tatabahasa24.07.2015

Kembali ke atas