Untuk melindungi harta intelek, kerajaan sanggup mengambil pelbagai langkah termasuk penubuhan Mahkamah Harta Intelek. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai digantikan penubuhan kerana mengikut buku, jawaban yang salah ialah penubuhan. TK | Perkataan menubuhkan sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk mengenal pasti perkataan yang tepat dalam konteks sesuatu ayat.
| Tatabahasa | 04.07.2012 |
safeguard | melindungi | Lain-lain | 21.02.2008 |
maksud perlindungan | Makna perlindungan ialah tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; | Makna | 08.11.2009 |
Terima kasih di atas response yang begitu cepat dari pihak tuan. Tema Hari Kastam Sedunia adalah " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi " Sekiranya pihak kami ingin mengunakan huruf besar di setiap awalan perkataan iaitu " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi" di mana pihak tuan menyarankan " semula jadi " dieja sebagai dua perkataan. Adakah ejaan dan penggunaan huruf besar seperti yang di nyatakan di sini adalah betul. Mohon pandangan dan ulasan pihak tuan.Terima kasih. | Tema tersebut ditulis seperti yang berkut : Kastam dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi. | Tatabahasa | 03.12.2008 |
apakah beza diantara perkataan pelindungan dengan perlindungan? Frasa yang betul adalah 'pelindungan pengguna' atau 'perlindungan pengguna'? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perlindungan ialah 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll) : pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; manakala istilah pelindungan pula merujuk istilah lama, iaitu bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~. Oleh itu, berdasarkan takrifan di atas, frasa yang betul ialah perlindungan pengguna. | Istilah | 29.06.2009 |
Ada ke akta yang melindungi hak penulis yang mengatakan penulis tak perlu melaporkan manuskripnya kepada mana-mana pihak kecuali Penerbitnya kalau nak tulis buku. Kalau ada harap tuan dapat berikan. | Tidak ada akta yang mengatakan penulis tidak perlu melaporkan manuskripnya kepada mana-mana pihak kecuali penerbitnya. Pihak yang ingin menerbitkan bahan bercetak di Malaysia hendaklah mempunyai lesen pencetak dan permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Saudara boleh mendapatkan maklumat daripada Kementerian yang berkenaan dan merujuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk maklumat selanjutnya. | Lain-lain | 08.05.2007 |
Saya mahu menerbitkan karya (novel) dalam format digital. Soalan saya, bagaimana saya boleh melindungi karya saya, mendapatkan kod ISBN. 2. Adakah DBP menyediakan khidmat editing manuskrip dan berapa bayarannya? 3. Adakah DBP ada menyediakan khidmat terjemahan? dari B. Melayu ke B. Inggeris?. Terima kasih | Assalamualaikum, Puan, Untuk mendapatkan International Standard Book Number (ISBN), puan perlu memohon daripada pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Untuk soalan kedua puan, DBP tidak menyediakan khidmat penyuntingan sekiranya buku itu bukan untuk diterbitkan oleh DBP. Walau bagaimanapun, DBP mempunyai editor yang mungkin bersedia untuk membantu puan membuat penyuntingan sebagai tugasan luar (peribadi). Tentang bayaran, puan boleh berbincang dengan individu yang berkenaan. Demikian juga halnya dengan khidmat terjemahan. Fungsi itu sudah diambil alih oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Selain daripada itu, puan boleh berurusan dengan pihak Persatuan Penterjemah Malaysia yang berpejabat di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.04.2014 |
PERGERTIAN JENAYAH BERAT DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAH | Sila rujuk bahan ini : Imbangan antara melindungi masyarakat dengan kepentingan penjenayah A. M. Nizam Dewan Masyarakat 01/10/1996 Jenayah tidak lagi bersifat tempatan" [Diwawancara oleh A. Zaidel A. Jamil] Musa Datuk Haji Hassan, Tan Sri, Dewan Masyarakat Jangan biarkan jenayah terus meningkat Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1998 Jenayah di kalangan pelajar Dewan Siswa 01/07/1987 . Jenayah pelajar meningkat Aidilnur Ahmad Wahiduddin Dewan Siswa 01/06/1993 . Jenayah remaja meningkat? Noha Abdullah Dewan Siswa 01/04/1990 Terperinci Jenayah remaja, siapa bersalah? Zuraida Jaafar Dewan Siswa 01/08/1983 Punca peningkatan kes jenayah Dewan Masyarakat 01/01/2005 Terperinci Remaja dan jenayah Amiruddin Md. Akhir Dewan Siswa 01/07/1995 | Lain-lain | 08.09.2007 |
saya mahu menerbitkan sebuah buku. tetapi saya tidak tahu dimana mahu menerbitkannya dan ingin melindungi rekacipta saya tanpa ditiru oelha pihak lain? | Bahan tersebut boleh dihantar kepada mana-mana penerbit yang bersetuju untuk menerbitkannya. Tentang pemilikan dan perlindungan hak cipta, sila rujuk Akta Hakcipta 1987 (Akta 332) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah. | Lain-lain | 29.07.2009 |
Makna perkataan : tabir | Menurut Kamus Dewan, tabir dimaksudkan sebagai kain yang digantung untuk menyekat atau melindungi sesuatu, tabir juga ditakrifkan sebagai tirai. Namun demikian, makna bagi kata tabir ini berlainan merujuk kepada ayat. Kata ini juga boleh berubah maknanya apabila digunakan untuk puisi seperti sajak. (Merujuk kepada sajak yang dihasilkan). Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Makna | 23.11.2006 |