Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI? | Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, memutuskan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), memintas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. merintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) memintas jalan; 4. ki mencakup atau merangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh: - Awalan kata kerja me- (me+rentas)
- Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)
Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya: - Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
- Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.
| Tatabahasa | 07.02.2019 |
apakah maksud membujur lalu melintang patah ? terang kan beserta ctoh situasi...tq | Maksud peribahasa ini ialah "perintah yang tidak dapat dialang-alang atau terpaksa diturut. | Makna | 09.04.2010 |
Apakah hubungan paradigmatik dan sintagmantik dalam Bahasa Melayu? | Paradigmatik bermaksud berkaitan dengan paradigma. Sintagmatik bermaksud berkaitan dengan sintaksis atau ayat. Paradigmatik berlaku secara menegak dan sintagmatik secara melintang. Sila rujuk buku atau makalah dalam bidang ini yang terdapat di perpustakaan yang berhampiran dengan saudara. | Tatabahasa | 15.08.2012 |
Penggunaan 'tanda hubung' (-). Boleh kah saya tahu bilakang tanda ini boleh diguna pakai di dalam ayat. Sebagai contoh. Pra-beli. Pra-tempahan. Adakah ini dibolehkan? Kerana fokus pembinaan ayat ini adalah untuk menunjukkan pembelian awal atau tempahan awal. | Tanda sempang ialah garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata, tanda hubung atau sengkang | Tatabahasa | 23.07.2019 |
Apakah yang dimaksudkan dengan peraturan paradigmatik. Soalan ini adalah berkaitan dengan kursus yang saya ambil iaitu Tatabahasa Melayu.Perbezaan antara sintagmatik dan paradigmatik. | Paradigmatik bermaksud berkaitan dengan paradigma. Sintagmatik bermaksud berkaitan dengan sintaksis atau ayat. Paradigmatik berlaku secara menegak dan sintagmatik secara melintang. Sila rujuk buku atau makalah dalam bidang ini yang terdapat di perpustakaan di tempat saudara. | Makna | 04.03.2008 |
Apakah terjemahan untuk "compressed" seperti dalam kes di bawah: Takrif: having a narrow shape as if flattened, especially sideways. adjective: compressed "most sea snakes have a compressed tail" Saya yakin ada padanan selain mampat dalam bahasa Melayu tetapi saya tidak dapat memikirkannya. Adakah pipih sesuai ataupun ia cuma untuk permukaan leper yang melintang dan bukannya menegak seperti bentuk ekor ular laut. Terima kasih. | Mengikut konteks ayat yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang paling hampir bagi perkataan compressed tail ialah ekor berbentuk tirus. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.03.2015 |
Adakah perkataan 'bena' (sekiranya wujud) diterjemahkan daripada perkataan 'banner'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan bena bermaksud (béna) endah, hirau, peduli: janganlah buat tidak ~ kpd budak itu; ~ tak ~ endah tak endah (tidak berapa peduli);membenakan menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan: tidak ~ musuh datang. Manakala perkataan "banner" merujuk pada "kain rentang" iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan. Oleh itu, perkataan "bena" dan "banner" tiada kena mengena antara satu sama lain. | Istilah | 01.04.2013 |
Selamat Sejahtera, saya ingin meminta jasa baik pihak DBP jika ada menyimpan rekod kelulusan untuk papan iklan syarikat Study Germany Sdn. Bhd. (1285998A) Hal ini kerana kesilapan pihak kami kehilangan rekod simpanan kelulusan dari DBP,pihak kami ingin memperbaharui lesen pejabat urusan. Wakil pihak kami ada ke pejabat DBP tahun ini pada bulan April untuk mendapatkan kelulusan meletakkan papan iklan. Jenis papan iklan kami : 1.) Menganjur/tak bersinar 1 muka 2.) Menganjur/tak bersinar 2 muka 3.) Melintang/bersinar Kami amat berterima kasih jika pihak DBP dapat memberikan jawapan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan pihak puan membuat permohonan semula dan Untuk pengesahan segera, puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur. Puan perlu membawa 2 atau lebih salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. .Pihak kami sukar menyemak data iklan tanpa maklumat lengkap seperti tarikh, no. permohonan, alamat pemohon dan sebagainya kerana data iklan terlalu banyak. | Lain-lain | 07.10.2019 |
Maksud yang tepat bagi perkataan-perkataan dibawah:- a.brochure b.pamplet c.banner d.catalog e.flyers f.bunting | a. Brochure (Brosur) : Buku kecil atau risalah yang diterbitkan bagi meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan. Biasanya, buku ini mempunyai halaman hadapan yang menarik. b. pamphlet : risalah c. banner - kain rentang iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan. d. catalog - katalog iaitu senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali). e. flyer - risalah iaitu surat edaran (siaran): siaran itu dikeluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar f. bunting - gegantung iaitu (rangkaian) jalur kain dsb yg digunakan utk menghebahkan sesuatu kegiatan, produk dll. Untuk makluman, saudara boleh terus membuat carian kata pada ruangan carian spesifik pada paparan utama semasa saudara melayari laman web DBP. Ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh DBP bagi membantu pengguna membuat carian kata dengan cepat dan mudah. Terima kasih. | Istilah | 17.02.2009 |
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP. | Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan. | Lain-lain | 02.07.2020 |