Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.pu.ti] | مليڤوتي

Definisi : 1. menutupi, memenuhi: daratan kita sekarang pd suatu masa dahulu diliputi air; 2. ki menyeluruhi, melingkupi, menyelubungi: rancangan pembangunan yg menye­luruh ~ segenap daerah dan pelosok; wajah isterinya diliputi kemuraman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.pu.ti] | مليڤوتي

Definisi : 1 menjadi sbg tutup pd; menutupi: Air ~ kebanyakan permukaan bumi. 2 ki melingkupi atau merangkum beberapa hal: Tugas polis wanita ~ seluruh tugas polis lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liput
Kata Terbitan : meliputi, terliput,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru tentang perkataan seluruh. Jika seluruh negara digunakan adakah ia meliputi satu dunia? Atau hanya melibatkan negara individu? Contoh ayat, "Adakah penghantaran ini meliputi seluruh negara?" Adakah penghantaran tersebut merangkumi satu dunia atau Malaysia sahaja? Terima kasih.Frasa seluruh negara (contoh: Malaysia) hanya meliputi negara (Malaysia) tersebut sahaja dan tidak melibatkan negara lain.Makna24.01.2019
Peribahasa BM meliputi simpulan bahasa, bidalan, pepatah, perumpamaan dan apa lagi?Peribahasa ialah:
ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu.  Selain maksud yang disertakan peribahasa juga meliputi perbilangan, kata adat, perbahasan, kiasan, bunga bahasa, ibarat, missal dan ungkapan.

Sebenarkan saudara tidak perlu bertanya dalam KNB ini kerana boleh merujuk sendiri dalam kamus.
Lain-lain17.08.2014
ayat tanya yang meliputi partikel -kah dan -lah..apa fungsinya.. terima kasih

Partikel lah  digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Contohnya, Makanlah kuih itu. Partikel kah pula merupakan penegas untuk mementingkan predikat dalam ayat tanya. Contohnya, Bukankah hari ini hari ulang tahunnya?

Tatabahasa31.03.2010
SALAM PERTEMUAN. SAYA PERLUKAN SENARAI BUNYI BINATANG (SEBANYAK MUNGKIN- MELIPUTI PELBAGAI BINATANG) CTH: LEMBU - MELENGUH KAMBING - MENGEMBEK T.KASIHSenarai yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, kecuali satu-satu perkataan yang biasa dikaitkan dengan bunyi binatang seperti ayam berkokok, kucing mengiau, harimau mengaum dan kambing mengembek.Lain-lain26.11.2012
retorik gaya bahasa perbandingan dan perulanganGaya bahasa perbandingan meliputi beberapa aspek, iaitu; 1. Gaya metafora-gabungan dua hal yang berbeza dan membentuk suatu pengertian yang baharu. 2. Gaya alegori- cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. 3. Gaya personifikasi- gaya bahasa yang membuat benda mati seolah-olah hidup dan memiliki sifat-sifat manusia. 4. Gaya perumpamaan- suatu perbandingan dua hal yang berbeza, namun dinyatakan sama. 5. Gaya antilesis- gaya bahasa yang membandingkan dua hal yang berlawanan. Manakala bahasa perulangan ialah gaya bahasa tulisan yang digunakan untuk menunjukkan saling atau sesuatu yang dilakukan oleh dua pihak atau berbalas-balas, sesuatu yang teramat, paling, tiruan atau waktu.Lain-lain03.10.2006
1. ADAKAH DBP MASIH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENERBITAN CARA BIASA(BUKAN MELALUI PORTAL),YANG MELIPUTI ASPEK-ASPEK EDITING(KUALITI KANDUNGAN, BAHASA,FORMAT), PERCETAKAN & PEMASARAN DAN BAGAIMANA MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN TERSEBUT?. 2. DARI SEGI PULANGAN KEPADA PENULIS, APAKAH PERBEZAAN DIANTARA KAEDAH BIASA DAN KAEDAH BARU(MELALUI E-KARYAWAN)? 3. APAKAH IMPLIKASINYA APABILA PENULIS MENDAFTAR DALAM E-KARYAWAN?1. DBP masih menyediakan perkhidmatan penerbitan cara biasa. 2. DBP memberi pulangan mengikut kaedah seperti biasa. 3. Tiada implikasi buruk terhadap penulis, tetapi ini merupakan kaedah alternatif untuk mempercepatkan proses penerbitan sesebuah buku.Lain-lain15.08.2007
perbezaan makrolinguistik dengan mikrolinguistik

Mikrolinguistik merupakan bidang teoretis dalam linguistik. Cabang ini dibagi menjadi dua iaitu umum dan untuk bahasa-(bahasa) tertentu. Yang bersifat umum meliputi teori-teori linguistik yang terdiri dari fonologi (sistem bunyi bahasa), struktur (morfologi ‘tata kata’ dan sintaksis ‘tata kalimat’), serta sistem makna (semantik). Selain itu, ada linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif. Bidang teoretis untuk bahasa-(bahasa) tertentu meliputi linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif.

Makrolinguistik dibagi menjadi dua kelompok. Kelompok pertama merupakan bidang interdisipliner dan kelompok kedua adalah bidang linguistik terapan. Cabang-cabang linguistik yang termasuk dalam bidang interdisipliner adalah sosiolinguistik, psikolinguistik, neurolinguistik, etnolinguistik, kriminolinguistik, fonetik (akustik dan auditoris), stilistika, filsafat bahasa, filologi (mempelajari bahasa, kebudayaan, pranata dan sejarah suatu bangsa melalui naskah-naskah lama), semiotika (ilmu tentang tanda), epigrafi (ilmu tentang tulisan kuno pada prasasti-prasasti), serta paleografi (penafsiran tulisan kuno). Kelompok bidang makrolinguistik kedua adalah bidang-bidang terapan, yaitu pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikografi (linguistik terapan yang mencakup metode dan teknik penyusunan kamus), fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, mekanolinguistik (linguistik komputasi, bidang linguistik terapan yang mencakup penggunaan linguistik untuk ilmu komputer dan usaha untuk membuat mesin penerjemahan; memanfaatkan komputer dalam penelitian bahasa).

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman berikut: 

http://prasastibahasa.com/?p=19.

cakrabuwana.files.wordpress.com/.../linguistik-klmpok-3-rombel-3.pdf

Makna22.10.2009
Assalam, Saya terbaca beberapa minggu lepas mengenai karya sains yang mahu diterbitkan oleh DBP. Ini meliputi karya terjemahan? Di mana boleh saya dapatkan maklumat lebih lanjut?

Tuan boleh mendapatkan maklumat daripada Encik Abd Rahim Omar (Rahim2@dbp.gov.my) atau Encik Abd Karim Bakar (Karim@dbp.gov.my).

 

 

Lain-lain11.11.2011
Apakah antonim sesuai bagi kata terangkum/rangkum?Antara antonim yang sesuai ialah tidak terangkum, tidak mencakupi, tidak meliputi, tidak melingkungi, tidak mencangkum dan tidak memeluk bergantung pada penggunaannya dalam contoh ayat.Tatabahasa06.02.2019
sarwajagat

Encik Hairol,

Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna perkataan sarwajagat ialah sejagat, universal,meliputi seluruh dunia dan alam semesta.

 

Makna29.04.2010
123456

Kembali ke atas