Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : melengkung ke kiri ke kanan (spt orang menari, lalang ditiup angin, dll): pandangannya berpusat pd api pelita yg meliuk-liuk di hadapannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : melenggok ke kiri ke kanan (spt orang menari, pohon ditiup angin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liuk
Kata Terbitan : meliuk, meliukkan, terliuk, terliuk-liuk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan. Mohon pencerahan, manakah tepat penggunaannya: 1) Meliuk lentuk 2) meliuk lintuk 3) meliuk lentok 4) meliuk lintok Sekian, terima kasih atas perhatian tuan.Ejaan yang betul ialah meliuk lentokEjaan07.10.2013
1)Apa perbezaan antara laras bahasa dan gaya bahasa? 2)Berikan kategorinya dan contohnya sekali.Laras Bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Contohnya ialah : Teknologi terbaharu "X" telah menghasilkan tilam yang sempurna. - Laras iklan- Menurut Kamus Dewan, Gaya bahasa pula ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri dalam pelbagai kategori seperti personifikasi, metafora, simile, aliterasi dan sebagainya. Contoh gaya bahasa ialah - Api pelita meliuk-lintuk apabila dihembus angin. (Gaya bahasa personifikasi)-iaitu sikap manusia (meliuk-lintuk) yang diberikan kepada benda tidak bernyawa. Gaya bahasa sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak.Lain-lain03.07.2006

Kembali ke atas