Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.long.gar.kan] | ملوڠݢرکن

Definisi : 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.long.gar.kan] | ملوڠݢرکن

Definisi : 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgar (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan lapang, besar, luas, selesa, lega, gedoboh, berjabir-jabir, terharak-harak, loloh, kedodoran,
Berantonim dengan ketat

2. Dalam konteks skru, paku,
bersinonim dengan cupul, galir, dol, perlus, perlup, loncer, mudah tercabut,
Berantonim dengan ketat

3. Dalam konteks persahabatan
bersinonim dengan tidak erat, tidak karib, tidak teguh, tidak rapat, renggang, berjauhan,
Berantonim dengan erat

Kata Terbitan : melonggarkan, kelonggaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Ibu melonggarkan sedikit pintu bilik supaya udara masuk. Sila tanya melonggarkan sesuai digunakan dalam ayat di atas ? Terima kasih.Ayat yang betul ialah “Ibu membuka sedikit pintu bilik supaya udara masuk.”

Tatabahasa27.11.2022
1)Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu telah dikuatkuasakan mulai penggal pertama persekolahan. 2)Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal. 3)Usah melonggarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin. Tolong betulkan.Terima kasih.1. Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu berkuat kuasa mulai penggal pertama persekolahan.
2. Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal.
3. Usah longgarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin.
Tatabahasa16.07.2012

Kembali ke atas