bagaimana pula dengan perkataan melor dengan melur dan tanjong dengan tanjung? | 1. Istilah yang tepat ialah 'melur' - sejenis tumbuhan. Manakala, 'melor' - bahasa Indonesia, sejenis kereta beroda dua. 2. Ejaan yang betul ialah tanjung. | Istilah | 16.11.2012 |
BAGAIMANA NAK MEMBACA SECARA ONLINE BUKU PUTERI MELOR SEKUMTUM | Salam, Cerita Puteri Melur Sekuntum Untuk makluman, cerita Puteri Melur Sekuntum merupakan petikan cerita yang diambil daripada Buku Prosa Warisan oleh Aripin Said yang telah dimuat naik dalam bentuk poster melalui Media sosial rasmi DBP. Oleh itu, lanjutan daripada cerita Puteri Melur Sekuntum itu bolehlah diperoleh daripada Buku Prosa Warisan tersebut. Berdasarkan semakan dalam portal dbpniaga, buku tersebut masih ada stok. Buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: · Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 · Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) · DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 · DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 · DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 · atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih
| Lain-lain | 16.06.2021 |