Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.luah.kan] | ملواهکن

Definisi : 1. mengeluarkan drpd mulut, memuntahkan; 2. ki mengeluarkan, me­lahirkan: ia ingin ~ hasrat yg telah lama terpendam; saluran ini juga membolehkan para pekerja ~ perasaan geram dan tidak puas hati; dimakan mati emak diluahkan mati bapa = hendak ditelan termengkelan, hendak diluahkan tiada keluar prb dlm keadaan yg serba salah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.luah.kan] | ملواهکن

Definisi : 1 mengeluarkan sesuatu dr dlm mulut; memuntahkan. 2 mengeluarkan (hasrat, pendapat dsb); melahirkan: Dia ~ isi hatinya kpd ayah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luah
Kata Terbitan : meluah, meluahkan, luahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya baru-baru ini menggunakan perkataan kelu untuk jari yang tak mampu meluahkan kata-kata melalui tulisan. Bagi saya, perkataan kelu sudah wajar diperluaskan untuk maksud hajat meluahkan kata-kata yang tertahan baik dari segi lisan mahupun penulisan. Memandangkan zaman sekarang media elektronik sudah semakin berpengaruh, penyampaian kata-kata dan perhubungan sudah semakin digital dan melebihkan tulisan berbanding lisan. Keadaan kelu tak mampu berkata sepatutnya turut boleh digunapakai untuk jari yang tak mampu menaip atas sebab hati yang tak yakin.Kami menerima pandangan tuan. Sehingga hari ini, kami masih memegang Kamus Dewan sebagai panduan iaitu kelu bermaksud . tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yang ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebab­kan tidak dapat berkata-kata; ~ diri men­diamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul.

Tatabahasa20.07.2013

Kembali ke atas