Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.luas.kan] | ملواسکن

Definisi : menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.luas.kan] | ملواسکن

Definisi : menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan pilihan berikut, yang mana satukah betul? 1. Memperluas pasaran lagi 2. Meluaskan lagi pasaran 3. Meluaskan pasaran lagi 4. Memperluas pasaran. Penggunaan perkataan “lagi” dalam pilihan 1 , 2 dan 3 tersebut adalah betul atau salah? Terima kasih atas pihak dbp yang sudi memberikan penjelasan yang jelas.Frasa yang betul ialah "Meluaskan lagi pasaran" Tatabahasa18.06.2023
Para pelajar akan dapat ........... perbendaharaan kata dan meningkatkan kemahiran berbahasa jika rajin membaca. Mana jawapan yang betul? A. Luaskan B. Meluaskan C. Perluaskan D. Memperluas Diharap pihak tuan dapat memberi penjelasan.Terima kasih.Jawapan yang betul ialah: B. MeluaskanTatabahasa19.08.2013
Bagaimanakah cara menentukan sama ada kita perlu menggunakan tanda koma atau noktah pada dialog? Contohnya dialog seperti di bawah: "Kita dapat membantu meluaskan pasaran," Zaim menyampuk membenarkan kenyataan Wafiq.Ejaan yang betul: "Kita dapat membantu meluaskan pasaran," Zaim menyampuk membenarkan kenyataan Wafiq. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Gaya Dewan, halaman 76.Ejaan11.10.2011
Menurut peristiwa sejarah sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain .Impaknya,anak-anak mereka akan mencintai negara kita untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama negara di watan Malaysia kerana anak-anak merupakan pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.Ibu bapa semestinya meneruskan untuk membangkitkan semangat cinta akan negara untuk anak . Selain itu ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam situasi negara.Di negeri Malaysia,anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.Hal ini dikatakan demikian kerana anak tidak memberi prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat.Anak kerap mengambil benar dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British media cetak media elektronik dan media alternatif.Video-video dan berita yang banyak akan mencermakan minda anak-anak mereka. Salam,Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih.
Menurut peristiwa sejarah, sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain. Impaknya, anak-anak akan mencintai negara untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama Malaysia kerana anak-anak merupakan harapan bangsa dan pengemudi negara.

Ibu bapa perlu membantu untuk membangkitkan semangat cinta akan negara. Selain itu, ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam sesuatu keadaan di dalam negara.

Di Malaysia, anak-anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Anak-anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.

Hal ini  kerana anak-anak tidak memberikan prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat. Anak-anak kerap mengambil berat dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British sama ada melalui media cetak, media elektronik dan media alternatif. Video-video dan berita yang tidak ditapis akan mencemarkan minda anak-anak.

Puan perlulah banyak membaca bahan bacaan bahasa Melayu untuk menambah baik penguasaan bahasa Melayu. Sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk rujukan. 


Tatabahasa27.01.2021
Medan yg dpt meluaskan pemikiran dlm mendefinasikan perkataan.. tpi kenapa definasi literal untuk 'hak' tiada? hanya ad sinonim sahaja.. minta diberi tunjuk ajar kpda hamba y jahil ini..Hak ialah kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dan sebagainya, lihat paparan di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hak.Makna25.07.2012
Penggunaan perkataan "lagi" mesti di hadapan atau belakang objek. A. Meluaskan lagi pasaran B. Memperluas pasaran lagi Mana yang betul, A atau B? Sekian, Terima kasihSoalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan ayat yang lengkap.Lain-lain18.10.2022
Apakah perbezaan perluasan dengan peluasan?"Perluasan" ialah hal yang berkaitan dengan luas, manakala "peluasan" bermaksud hal atau perbuatan meluaskan. Sila rujuk buku Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1357.Tatabahasa01.05.2024
Soalan: 1. fluctuation: turun naik atau naik turun? 2. perluasan liputan atau peluasan liputan? Sekian terima kasih.1. turun naik
2. Peluasan bermaksud perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas, manakala perluasan ialah hasil daripada perbuatan memperluas.
Ejaan28.01.2015
Selamat pagi. mohon penjelasan terhadap "extend the meaning of a word". Bolehkah "extend" dalam ungkapan ini diterjemah sebagai "makna perkataan itu dipanjangkan kepada"? Terima kasih.

Pihak kami mencadangkan “extend the meaning of a word” diterjemahkan sebagai “meluaskan makna sesuatu perkataan”.

Makna28.02.2021
Saya adalah guru Perpustakaan & Media di SK Iskandar Perdana. Pada 4 Julai 2013 yang lalu Pusat Sumber sekolah saya telah menjemput Ketua Pengerah Dewan Bahasa dan Pustaka , Datuk Dr Awang B Sariyan datang ke sekolah saya untuk perasmian Pusat Sumber Sekolah. Oleh itu tahun ini saya mewakili pihak sekolah ingin membuat lawatan penanda aras ke DBP ( guru & murid) untuk meluaskan lagi pengetahuan dan mengenali DBP dengan lebih dekat lagi. Bagaimanakah caranya dan prosedur untuk saya membuat lawatan ke sana? Apakah alamat dan pihak yang boleh dihubungi? Terima kasih. Pengurus lawatan: Pn Zurina Bt Ahmad SK Iskandar Perdana, 32610 Seri Iskandar, Perak. Tel: h/p: 0195037796 Tel Sekolah: 05 3711584Berkaitan dengan perkara ini, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain03.07.2014
12

Kembali ke atas