Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.cu.ti] | ملوچوتي

Definisi : 1. mengambil senjata drpd geng­gaman, merampas: mereka sendiri mahu di­lucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkata-kata supaya tidak me­nyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.cu.ti] | ملوچوتي

Definisi : 1 menyebabkan seseorang dibuka pakaiannya, perhiasannya dsb (oleh orang lain); menanggali: Pesakit itu telah dilucuti pakaian yg ada pd tubuhnya dan diganti dgn pakaian yg bersih. 2 menyebabkan seseorang diambil atau dirampas senjatanya dll: Pemberontak-pemberontak yg ditawan itu telah dilucuti senjatanya. 3 menyebabkan seseorang ditarik kembali kuasanya (pangkatnya dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melucuti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah keempat-empat perkataan, iaitu melulusi, meluluskan, melucuti dan melucutkan membawa maksud "menanggalkan"? Adakah keempat-empat perkataan ini dapat menggantikan maksud "menanggalkan"? Contohnya: 1. (a) Dia menanggalkan cincin itu. (b) Dia melulusi cincin itu. (c) Dia meluluskan cincin itu. (d) Dia melucuti cincin itu. (e) Dia melucutkan cincin itu. 2. (a) Adik tidak sanggup menanggalkan pakaian yang cantik ini. (b) Adik tidak sanggup melulusi pakaian yang cantik ini. (c) Adik tidak sanggup meluluskan pakaian yang cantik ini. (d) Adik tidak sanggup melucuti pakaian yang cantik ini. (e) Adik tidak sanggup melucutkan pakaian yang cantik ini. Adakah semua ayat yang saya berikan itu betul? Minta penjelasan tuan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  melulusi, meluluskan, melucuti dan melucutkan membawa maksud "menanggalkan". Oleh itu, contoh-contoh perkataan yang dinyatakan di atas betul berdasarkan maksud berkenaan.Tatabahasa30.11.2014

Kembali ke atas