(i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu. (ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai. (iii) Budak itu makan roti canai Ayat-ayat songsang yang manakah betul untuk ayat-ayat aktif yang terdapat di atas? (a) Meluluskan permohonan itu kami masih belum. (b) Permohonan itu kami masih belum meluluskan. (c) Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah. (d) Memancing ikan kami sudah pernah di tepi sungai. (e) Roti canai budak itu makan. | (i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu. Meluluskan permohonan itu kami masih belum. Permohonan itu kami masih belum meluluskan. (ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai. Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah. (iii) Budak itu makan roti canai. Roti canai budak itu makan.
| Tatabahasa | 29.10.2015 |
walaupun telah dikawalrapi, pemain penyerang itu masih dapat meluluskan dirinya untuk menjaringkan gol dalam perlawanan. perkataan meluluskan boleh digunakan dalam ayat ini? | Perkataan meluluskan tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan yang paling tepat ialah meloloskan.T.kasih. | Makna | 06.08.2008 |
1. Contoh Ayat: Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbang dan meluluskan syor di atas. Mengapa kita perlu menggunakan perkataan 'menimbang dan meluluskan' tetapi bukan 'menimbangkan dan meluluskan'? Saya perlukan penjelaskan kenapa imbuhan 'kan' untuk katakerja yang pertama (menimbang) digugurkan. 2. Sila komen ayat berikut: Dalam usaha menambahbaik amalan 5S.....Dalam usaha ke arah penambahbaikan amalan 5S....ayat yang mana lebih sesuai? Betulkan penggunaan perkataan menambahbaik tersebut? 3. Perkataan penambahbaikan dirapatkan kerana ia diapit oleh imbuhan pe dan kan...bagaimana pula dengan perkataan menambahbaik atau menambah baik? 4. Apakah perbezaan perkataan PERLAKSANAAN dan PELAKSANAAN? 5. Adakan perkataan PERLANTIKAN dan PELANTIKAN juga mempunyai maksud yang berbeza? 6. Bagaimana pula dengan perkataan PERLETAKAN JAWATAN atau PELETAKAN JAWATAN. | Jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah seperti yang berikut: 1. Imbuhan 'kan' digugurkan bagi perkataan menimbang dalam ayat tersebut kerana ayat yang menerima imbuhan 'kan' ialah kata kerja transitif, iaitu memerlukan objek atau penyambut dalam ayat. Contoh ayat, Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbangkan syor di atas. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196. 2. Ayat yang betul ialah Dalam usaha menambah baik amalan 5S..... 3. Perkataan menambah baik boleh digunakan dan dieja dua perkataan kerana menerima satu imbuhan, iaitu 'me...' pada kata dasar tambah baik, manakala perkataan penambahbaikan dieja satu perkataan kerana menerima kata kerja berapitan, iaitu 'pe...an'. 4. Perlaksanaan bermaksud hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Pelaksanaan pula ialah perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. 5. Perkataan yang tepat ialah pelantikan, iaitu kata dasar lantik menjadi melantik( perbuatan) dan pelantikan (perihal melantik), dan peletakan jawatan, iaitu orang yang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya. | Tatabahasa | 04.04.2010 |
kalau saya nak buka syarikat, saya dah hantar nama syarikat, macam mana nak semak jika nama syarikat diluluskan atau tidak? | Tuan, Untuk makluman, DBP tidak menyemak atau meluluskan nama syariktat. DBP meluluskan teks bagi aktiviti syarikat atau keterangan aktiviti syarikat. Contohnya "Pejabat Urusan" dan sebagainya. | Lain-lain | 28.01.2015 |
Tuan, adakah keempat-empat perkataan, iaitu melulusi, meluluskan, melucuti dan melucutkan membawa maksud "menanggalkan"? Adakah keempat-empat perkataan ini dapat menggantikan maksud "menanggalkan"? Contohnya: 1. (a) Dia menanggalkan cincin itu. (b) Dia melulusi cincin itu. (c) Dia meluluskan cincin itu. (d) Dia melucuti cincin itu. (e) Dia melucutkan cincin itu. 2. (a) Adik tidak sanggup menanggalkan pakaian yang cantik ini. (b) Adik tidak sanggup melulusi pakaian yang cantik ini. (c) Adik tidak sanggup meluluskan pakaian yang cantik ini. (d) Adik tidak sanggup melucuti pakaian yang cantik ini. (e) Adik tidak sanggup melucutkan pakaian yang cantik ini. Adakah semua ayat yang saya berikan itu betul? Minta penjelasan tuan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, melulusi, meluluskan, melucuti dan melucutkan membawa maksud "menanggalkan". Oleh itu, contoh-contoh perkataan yang dinyatakan di atas betul berdasarkan maksud berkenaan. | Tatabahasa | 30.11.2014 |
Ayat mana yang lebih tepat, 'Dimaklumkan bahawa pihak universiti setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan dengan ini tidak meluluskan semakan gaji..... ' 'Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, dimaklumkan bahawa pihak universiti tidak meluluskan semakan gaji......' | Dimaklumkan bahawa setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, pihak universiti dengan ini tidak meluluskan semakan gaji ... | Tatabahasa | 21.06.2012 |
Bolehkah dimulakan ayat begini dalam surat rasmi' 'Seperti mana pihak tuan sedia maklum, pihak universiti telah meluluskan peruntukan.... | Lazimnya permulaan ayat berbunyi "Sukacita dimaklumkan bahawa pihak universiti telah meluluskan peruntukan ... dan tidak ada dalam pangkalan data kami ayat yang bermula dengan perkataan sepertimana. | Tatabahasa | 21.06.2012 |
Contoh ayat: Anggota Perbadanan dipohon untuk menimbang dan meluluskan cadangan .......... soalan - sama ada penggunaan "dipohon" itu tepat atau tidak dan jika salah, mohon mencadangkan ayat yang tepat...TQ | Penggunaan yang tepat adalah seperti yang berikut: Anggota Perbadanan dimohon untuk menimbangkan dan meluluskan cadangan .... Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat , halaman 1040 dan 1220. | Tatabahasa | 31.03.2009 |
Berapakah lama untuk meluluskan iklan bagi syarikat? | Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua - tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan. | Lain-lain | 06.07.2015 |
Kami meminta DBP meluluskan banner Iklan yang dilampirkan untuk di taja di jalan raya di daerah Petaling Jaya. Sekian Terima Kasih. | Sila terjemahkan teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "KHidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 16.10.2014 |