Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.pa.kan] | ملوڤاکن

Definisi : 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.pa.kan] | ملوڤاکن

Definisi : 1 menghapuskan drpd ingatan: Ia mencuba ~ peristiwa yg buruk itu. 2 tidak ingat akan; lupa akan: Saya tidak akan ~ jasa-jasanya. 3 mengabaikan; melalaikan: Janganlah kamu ~ perintah Allah. 4 menyebabkan jadi lupa: Kesibukannya berpersatuan telah ~ dia terhadap tanggungjawabnya sbg isteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lupa (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tidak ingat: tidak sedar, tidak timbul di ingatan,
Berantonim dengan ingat

Kata Terbitan : melupakan,

Peribahasa

Mayang menolak seludang.

Bermaksud :

Melupakan orang yang memeliharanya sejak kecil.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? (a) Mereka mencuba melupakan masalah itu. (b) Mereka cuba melupakan masalah itu.

Puan Wong Shiaho,

Frasa yang tepat ialah:

(a) Mereka mencuba melupakan masalah itu.

 

(Nota: kata cuba membawa maksud mengajak, mengarah atau menyuruh. Contoh ayat: Cuba kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu. Manakala mencuba membawa maksud  berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan mencuba mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu.) Dalam konteks ayat puan, tidak ada unsur suruhan atau mengajak tetapi lebih menyatakan usaha mereka untuk mencuba melupakan masalah mereka (dengan rela hati/proses).

Tatabahasa12.04.2009
Janganlah dikau melupakan daku. Bolehkah kata ganti nama dikau digunakan dalam ayat di atas?"Dikau" dan "daku" boleh digunakan dalam ayat di atas.Tatabahasa24.07.2007
"Saya tidak akan melupakan semua pelajar di kelas di kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi." atau "Saya tidak akan melupakan semua pelajar dalam kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi." Antara ayat di atas, yang manakah betul dan mengapakah jawapan tersebut betul?

Ayat betul ialah Saya tidak akan melupakan semua pelajar di dalam kelas ini walaupun saya berpindah ke sekolah baharu tidak lama lagi.

Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Kata sendi nama "dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. "Di dalam" merupakan kata arah yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 286.

Tatabahasa22.03.2011
Anak tidak boleh melupakan jasa orang tuanya sendiri. Adakah ayat ini betul ? Perlukah sendiri diletak di belakang orang tuanya? Terima kasihAyat "Anak tidak boleh melupakan jasa orang tuanya" sudah memadai.  Tidak perlu ditambah perkataan "sendiri" kerana sudah ada perkataan "nya" pada "orang tuanya".Lain-lain20.03.2016
Sampai bila pun saya tidak akan melupakan peristiwa itu. Adakah ayat di atas betul?Mohon betulkan ayat tersebut seperti yang berikut:

"Sampai bila-bila pun saya tidak akan melupakan peristiwa itu."
Tatabahasa01.11.2018
apakah maksud peribahasa "PELANDUK SELALU MELUPAKAN JERAT TETAPI JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKN PELANDUK "?Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam.Makna21.10.2009
Merujuk soalan 32 iaitu `Mereka mencuba melupakan masalah itu`telah dipasifkan menjadi` Masalah itu cuba dilupakan oleh mereka`. Mengapakah `mencuba` dalam ayat aktif telah hilang imbuhan `meN-`apabila dalam ayat pasif?

Imbuhan "meN" hanya digunakan dalam ayat aktif. Oleh itu, "mencuba" dalam ayat aktif menjadi "cuba" dalam ayat pasif.

Tatabahasa18.04.2009
Merujuk soalan 27 . Ayat `Mereka mencuba melupakan masalah itu` dikatakan betul. Pendapat ini sama dengan pendapat Prof.Dr Awang Sariyan dalam buku beliau `Warna dan Suasana Perancangan Bahasa di Malaysia`. Walau bagaimanapun, saya menghadapi masalah untuk menjadikan ayat ini sebagai ayat pasit. Minta tunjuk ajar. terima kasih.Cadangan: Masalah itu cuba dilupakan oleh mereka.Tatabahasa16.04.2009
1. Apakah peribahasa persis bagi merujuk kepada seseorang yang melupakan asal usulnya. 2. Bagaimanakah penggunaan kata 'untuk' sebagai kata sendi nama, sebagai kata hubung pancangan keterangan, dan sebagai kata hubung pancangan komplemen?1. Peribahasa yang paling hampir maksudnya ialah - seperti kacang lupakan kulit. 2. Kata sendi nama "untuk" digunakan untuk menunjukkan kegunaan sesuatu (Rumah untuk pekerja telah dibaiki), menyatakan maksud bahagian yang ditentukan (Hadiahini untukmu). Sebagai kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama (Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak). Sbagai kata hubung komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap pada klausa utama (Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar).Tatabahasa09.09.2008
Merujuk soalan 33 yang telah saya tanya sebelum ini iaitu ' mereka mencuba melupakan masalah itu'. Akhirnya, tuan menjelaskan bahawa ayat aktif di atas perlu dipasifkan menjadi ' Masalah itu cuba dilupakan oleh mereka'. kata ' mencuba ' (dalam ayat aktif )pula ' menjadi ' cuba' ( dalam ayat pasif). Penjelasan tuan telah saya fahami. Cuma saya ingin tahu sebab 'meN- ' itu boleh digugurkan begitu sahaja. Sekurang-kurangnya'meN-' akan menjadi 'di' (jika pelaku KGND ketiga ) atau tanpa imbuhan 'di" (jika pelaku KGND 1 @2). untuk makluman tuan, saya sedang berusaha menjadi Munsyi Dewan yang lebih baik. Oleh itu saya perlu rajin bertanya. Tuanlah menjadi tempat rujukan saya . Tuan juga yang menjadikan saya lebih yakin berhadapan dengan khalayak. Terima kasih.

Imbuhan meN- tidak digunakan dalam ayat pasif. Bagi ayat tersebut "cuba" ialah kata bantu, manakala "dilakukan" ialah kata kerja, maka tidak perlu kata bantu diberi imbuhan. Selain itu, ada sesetengah kata kerja tidak memerlukan imbuhan seperti "makan" dan "minum".

Tatabahasa30.04.2009
12

Kembali ke atas