Salam. Saya ingin bertanya, apakah perkataan ini wujud dan apakah ertinya. 'memberdaya' | Tidak ada perkataan "memberdaya" (mem + berdaya) dalam dalam data kami, yang ada ialah "berdaya" dan "memperdaya". Berdaya bermaksud 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya 2. mempunyai kemampuan (keupayaan 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); . Memperdaya pula bermaksud melakukan tipu helah (muslihat); menipu. | Ejaan | 12.02.2019 |
Assalamualaikum Saya ingin menggunakan perkataan "memberdaya" dalam satu ucapan saya dengan mengambil perkataan berdaya sebagai teras perkataan tersebut bagi menerangkan usaha untuk meningkatkan keberdayaan sesuatu organisasi. Adakah penggunaan perkataan "memberdaya" itu tepat? Terima kasih | Kata terbitan yang betul ialah memberdayakan, apitan mem-...-kan + kata dasar berdaya yang bermaksud menjadikan seseorang berdaya. | Tatabahasa | 22.08.2021 |