1. Dinamik dan Kompetitif 2. Dinamik dan Berdaya Saing 3. Dinamik Memacu Keunggulan yang Kompetitif 4. Dinamik Memacu Keunggulan yang Berdaya Saing Antara no. 1 dengan 2 yang mana lebih tepat dan sesuai. Antara no. 3 dengan 4 yang mana lebih tepat dan sesuai. Terima kasih. | Kesemua ayat di atas adalah betul. Walau bagaimanapun, penggunaan yang sesuai dan tepat perlulah dilihat dari segi konsep penulisan puan. | Istilah | 12.10.2019 |
saya ingin bertanya manakah ayat yang betul untuk perkataan ini.MASYARAKAT MEMACU KEMAJUAN SESUATU EVOLUSI TEKNOLOGI atau EVOLUSI TEKNOLOGI MEMACU KEMAJUAN SESUATU MASYARAKAT atau ada ayat lain yang boleh membentuk ayat yang lebih sempurna dari perkataan perkataan diatas.terimakasih. | Kedua-dua ayat yang dikemukakan adalah betul, bergantung pada maksud dan perkara yang ingin diutamakan. | Tatabahasa | 21.05.2011 |
Salam & Selamat Petang, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang-peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, alam sekitar turut medapat manfaat menerusi Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam yang kami gunakan. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Sebab itulah kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. Di Perodua, kami sentiasa menepati kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan disamping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu adalah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Itulah sebabnya di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. | Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, melalui penggunaan Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam dalam pembuatan kenderaan kami memberikan impak yang amat baik kepada alam sekitar. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Justeru, kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami sentiasa mematuhi kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan, di samping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. | Tatabahasa | 31.03.2015 |
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih. | Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan" Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut: melonjak: 1. melompat ke atas (dgn keduadua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa kekasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Tatabahasa | 12.10.2019 |
Saya ingin bertanya. i) adakah perkataan MEMICU wujud dlm bahasa kita? ii) adakah maksud MEMICU sama erti dengan MEMACU? iii) apakah maksud sebenar MEMICU dan bagaimana penggunaannya? | Memicu ialah kata terbitan daripada picu iaitu pemetik (pistol, senapang, dan lain-lain); memicu ialah menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. memacu dari kata dasar pacu membawa makna yang berbeza iaitu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat. oleh itu memicu dan memacu adalah kata terbitanyang membawa makna berbeza. | Tatabahasa | 05.02.2008 |
Assalamualaikum Setakat ini DBP membenarkan kata kerja transitif (KKT) 'merujuk' sahaja boleh digandingkan dengan KSN 'kepada' sebagai satu kekecualian. Bagaimanakah pula dengan KKT lain yang juga sering digandingkan dengan KSN seperti memacu kepada pembangunan negara, membawa kepada zina dan sebagainya. Bagaimanakah DBP melihat isu ini? Adakah masih dibenarkan? | Berdasarkan korpus, penggunaan "membawa kepada" dan "memacu kepada" banyak digunakan dalam penulisan. Penggunaan frasa ini lazimnya terpengaruh dengan bentuk bahasa Inggeris yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Penggunaan tersebut kurang tepat dari aspek tatabahasa Melayu. Para pengguna bahasa boleh menggunakan "boleh menyebabkan zina" , "memacu pembangunan negara", "menyebabkan tingkah laku ganas" dan lain-lain dengan menggugurkan KSN kepada. | Tatabahasa | 23.09.2019 |
Mahu pastikan perkataan tema berikut "Inovasi dan Transformasi, Memacu Kecemerlangan" adalah betul dari segi ejaan dan tanda bahasa | BETUL | Tatabahasa | 01.09.2012 |
mencari ayat yang tepat bagi 6 perkataan : masyarakat memacu kemajuan teknologi evolusi sesuatu | Saudara boleh merujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis perkataan masyarakat dalam ruangan cari, saudara akan memperoleh dapatan daripada kamus dan setiap entri perkataan lazimnya disertakan contoh ayatnya seperti masyarakat, Masyarakat tradisional ialah masyarakat yang mengamalkan cara hidup turun-temurun. Untuk perkataan lain, sila ulangi langkah yang dinyatakan. | Tatabahasa | 22.05.2011 |
EVOLUSI TEKNOLOGI PEMACU KEMAJUAN SESUATU MASYARAKAT | EVOLUSI TEKNOLOGI MEMACU KEMAJUAN MASYARAKAT | Lain-lain | 23.05.2011 |
Saya ingin kepastian tentang tajuk Buku yang saya cadangkan seperti ini: ASAS MEMACU EKONOMI UMMAH: SATU PANDANGAN' ADAKAH TERDAPAT KESILAPAN PADA TAJUK BUKU BERKENAAN. jika ada mohon cadangkan tajuk baru. MOHON PENJELASAN. SEKIAN, TERIMA KASIH. | Kami cadangkan tajuk tersebut dipinda kepada "Pemacu Ekonomi Ummah: Satu Pandangan", lazimnya tajuk buku atau artikel dibuat dalam bentuk kata nama. Kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku dan soalan ini memakan masa yang lama untuk dijawab oleh pihak kami. | Lain-lain | 31.10.2012 |