| Bagaimana proses pemajmukan? | Pemajmukan ialah perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan, penghasilan atau penciptaan sesuatu dengan memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dan sebagainya menjadi satu kesatuan. Pengabungan perkataan yang membawa satu makna yang tertentu disebut pemajmukan dan hasilnya disebut kata majmuk. | Tatabahasa | 26.07.2018 |
| sama ada penggunaan perkataan idi bawah betul atau sebaliknya : menggembelengkan sokongan | Kamus Dewan Edisi Empat memberi makna menggembleng sebagai menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dan lain-lain) untuk melakukan (menghasilkan, memperteguh) sesuatu: penduduk kampung itu menggembleng tenaga untuk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi menggembleng modal dalam negeri untuk membiayai perusahaan. Perkataan gembleng kurang sesuai digunakan untuk sokongan. Perkataan yang lebih sesuai ialah mendapat sokongan, menguatkan sokongan. | Tatabahasa | 08.02.2013 |
| apakah yang dimaksudkan dengan pemajmukan istilah? | Pemajmukan ialah perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan, penghasilan atau penciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk. | Makna | 01.02.2010 |