a)Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. b)Petronas berperanan mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. manakah penggunaan imb me..kan adalah betul? | Ayat yang betul ialah a) Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
Dalam ayat 'Tujuannya adalah untuk memajukan kampung',untuk tergolong sebagai kata sendi atau kata hubung? Kalau sebagai kata sendi, kata yang mengikutinya mestilah kata nama sedangkan memajukan ialah kata kerja. Jika untuk sebagai kata hubung apakah klausa-klausa yang terdapat dalam ayat majmuk ini? | 'Tujuannya adalah untuk memajukan kampung' - untuk dalam ayat tersebut ialah kata sendi nama dan kata sendi nama boleh diikuti dengan kata kerja. Contoh lain seperti, Sistem yang digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik... | Tatabahasa | 02.11.2010 |
Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya. Apakah 2 kesalahan ayat di atas? | Ayat yang betul ialah Malaysia mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana negara ini kaya dengan sumber semula jadinya. | Tatabahasa | 23.01.2008 |
langkah-langkah meningkatkan pasaran hasil pertanian di negara kita | Sila rujuk bahan ini : 1.Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf) Sulaiman Haji Daud Dewan Masyarakat 01/03/1998. 2. Cabaran sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti oleh Noorkhairil Huda Mohd. Ali Dewan Ekonomi 01/09/1997. 4. Masa depan sektor pertanian. Mohamed Diah Isa Dewan Kosmik 01/04/1995. 5. Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semua oleh Lee Lam Thye Dewan Masyarakat 01/03/1998. 6. Memajukan sektor pertanian Dewan Masyarakat 01/10/2005. 7. Menggiatkan semula pertanian Fadzilah Aziz Dewan Masyarakat 01/02/1998. 8.Peranan pengurusan sumber manusia dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara Alias B. A oleh Dewan Masyarakat 01/10/1996. 10. Pertanian negara : masalah dan masa depannya oleh Shamsul Amri Baharuddin Dewan Masyarakat 01/06/1988. 12. Usaha meningkatkan produk pertanian oleh Hamidi Said Dewan Masyarakat 01/01/1998. | Lain-lain | 23.07.2007 |
Terdapat heterogen usaha untuk memajukan sektor pertanian. Soalan: Bolehkah guna heterogen usaha? | Encik Chong Perkataan ini tidak boleh digunakan dalam ayat seperti di atas kerana lebih sesuai digunakan perkataan pelbagai | Makna | 22.08.2010 |
Dari Kuala Lipis ke Jerantut, Bera dan Kuala Rompin, mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kaya dengan keindahan sumber semula jadinya, dengan flora, fauna, sungai, tasik dan pantai yang tinggi [nilai eksotikanya (atau nilai eksotiknya).. yg mana betul?] | Puan Rahemah, Perkataan yang betul ialah eksotik yang bermaksud luar biasa atau keistimewaan. | Ejaan | 10.03.2010 |
Golongan remaja selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan diri,mementingkan kebendaan,tidak mahu mengembangkan ilmu pengetahuan malah berfikiran cetek.Sejauhmanakah kebenarannya??Berikan pendapat anda. Bagaimanakah jawab soalan ini?? | Bagi menjawab soalan tersebut, tuan dikehendaki menghuraikan idea-idea yang dinyatakan dengan menyertakan bukti dan contoh. Tuan perlu menegaskan kebenaran idea tersebut dengan memberikan pendapat atau idea yang lain. | Lain-lain | 25.10.2013 |
boleh saya tahu apakah maksud piagam pelanggan? dan apakah peranan dalam memajukan sektor pentadbiran dan pengurusan dalam sesebuah organisasi? | Piagam ialah surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar,dll) yang dibuat oleh seebuah institusi atau syarikat. Pelanggan pula ialah orang atau pihak atau lain-lain yang membayar kepada seseorang seperti peguam dan lain-lain (pembina,dsb) untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. Piagam pelanggan bermaksud suatu pernyataan yang dikeluarkan oleh sesebuah institusi seperti bank, pengedar kereta, agensi kerajaan dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan yang terbaik boleh diberikan kepada pelanggan supaya khidmat yang diberikan dapat memuaskan hati pelanggan dan menjaga imej institusi berkenaan. Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi, piagam pelanggan menjadi satu garis panduan yang wajib dipatuhi oleh institusi berkenaan untuk memberikan perkhidmatan yang licin, cepat, berkesan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini juga berkaitan dengan kos pengurusan yang efektif terhadap organisasi berkenaan. | Makna | 06.03.2008 |
1.faktor-faktor perkembangan sektor pelancongan di negara Malaysia. 2.cara-cara untuk memajukan sektor pelancongan di negara Malaysia. | Untuk menjawab soalan ini, saudara perlu merujuk makalah atau bahan penulisan yang disiarkan dalam akhbar atau majalah tempatan atau membuat rujukan di perpustakaan atau buku-buku yang ada di pasaran. | Lain-lain | 21.09.2008 |
Kita merayu/memohon kepada Tuhan? Sila beri penjelasan kepada jawapan. | Kedua-duanya betul kerana merayu juga bermaksud memajukan permohonan. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merayu untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 21.02.2012 |